Selamat Pengantin baru buat Mahfuz dan Nur Ain

Alor Gajah, 4 September – Pasangan pengantin baru, Ahmad Mahfuz Mohd Zulkifli dan Nur Ain Zakaria selamat diijabkabulkan di Alor Gajah, Melaka tetap meraikan hari bahagia walaupun hanya mengadakan majlis ringkas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa ketika ini.

Hari bahagia buat aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU) pada 29 Ogos 2020 yang lalu dihadiri kedua-dua belah keluarga dan jemputan yang terhad selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Nur Ain berkata, dia bersyukur urusan perkahwinannya dipermudahkan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Mahfuz dan Nur Ain. Kami mendoakan semoga mereka dapat membina baitul muslim yang sakinah, mawaddah wa rahmah serta melahirkan generasi pewaris Islam yang soleh dan solehah, InsyaAllah.

Doa kami buat pengantin:

“Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair”