Barakallah Pasangan Mempelai, Fazila dan Fareez

BAYAN LEPAS, 3 September – Barakallahulakuma buat aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU), Noorfazila Ramli dan pasangannya, Mohd Fareez Abdullah yang telah diijabkabulkan pada 29 Ogos yang lalu.

Majlis perkahwinan diadakan secara ringkas di rumah pengantin perempuan di Bayan Lepas dengan kehadiran keluarga pengantin, sanak saudara dan sahabat handai.

“Setinggi kesyukuran buat Illahi atas nikmat perkahwinan ini. Perkahwinan ini ibarat pelangi setelah hujan, walaupun disebalik ujian covid dan juga kehidupan sebelum walimah. Moga Allah kurniakan kekuatan jiwa, kesabaran, serta hikmah kegembiraan hati setelah apa yang dilalui. Kami harapkan moga ikatan suci ni kekal hingga ke syurga,” ujar Fazila.

Tambahnya lagi, “Pengalaman nikah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini sangat ringkas. Tapi, ringkas itu Allah beri kita keselesaan. Lebih tersusun melalui garis panduan yang telah ditetapkan. Pengalaman yang sangat manis untuk dikenang,” kata Fazila.

Seluruh warga ISMA SPU mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Kami mendoakan semoga Fazila dan Fareez dapat membina baitul muslim yang sakinah, mawaddah wa rahmah serta melahirkan generasi pewaris Islam yang soleh dan solehah, In sha Allah.

Doa kami untuk pengantin;

“Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair”