Barakallah Pasangan Mempelai, Abiidah dan Ibrahim

SERI ISKANDAR, 4 Ogos – Barakallahulakuma buat aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU), Abiidah Fadzlan Shahidi dan pasangannya, Ibrahim Azran yang telah diijabkabulkan pada 24 Julai yang lalu.

Majlis pernikahan puteri Ustaz Fadzlan Shahidi dan Ustazah Norakhilah Baharin ini diadakan di Pejabat Agama Seri Iskandar dan pada hari esoknya, majlis perkahwinan secara ringkas diadakan di Gelung Pepuyu dengan kehadiran keluarga pengantin, sanak saudara dan sahabat handai.

“Semoga Baitul Muslim yang dibina menjadi qudwah dan penerus kegemilangan amal dakwah,”

“Persediaan majlis ketika Covid-19 dibuat secara rapi dari sudut emosi dan fizikal, teruja dan gembira kerana Allah permudahkan semua urusan,” kata Abiidah.

Seluruh warga ISMA SPU mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Kami mendoakan semoga Abiidah dan Ibrahim dapat membina baitul muslim yang sakinah, mawaddah wa rahmah serta melahirkan generasi pewaris Islam yang soleh dan solehah, In sha Allah.

Doa kami untuk pengantin;
“Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair”