Nikah PKPP: Barakallah buat pasangan pengantin, Khairul Anwar dan Wan Syafiqa

Kuala Kangsar, 23 Julai – Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) mengucapkan Barakallah buat aktivis ISMA SPU, Wan Syafiqa Meor Hissan atas perkahwinannya dengan Mohammad Khairul Anwar Mohd Zamri, yang juga merupakan Aktivis ISMA Seberang Perai Utara, baru-baru ini.

Majlis akad nikah secara ringkas semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini berlangsung pada hari Sabtu, 17 Julai 2020 bertempat di kediaman pengantin perempuan di Kuala Kangsar, Perak.

“Majlis kahwin pada fasa Covid-19 ni sedikit berbeza dari majlis perkahwinan biasa. Perlu mematuhi SOP.  Pakai pelitup muka, cek suhu dan sebagainya. Untuk mengurangkan risiko orang ramai yang berkumpul, kami mengedarkan makanan berbungkus. Malahan, majlis sederhana ini turut dijalankan sesi pagi dan petang serta hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja,” ujar Wan Syafiqa.

Tambah beliau lagi, “Pernikahan kami juga dilakukan di pejabat agama, hanya dihadiri oleh pengantin, wali dan saksi. Hikmah dari ini, kami melihat Islam agama yang sentiasa memudahkan. Tidak perlu disaksikan oleh puluhan orang. Hanya perlu mencukupkan syarat wajib. Alhmdulillah, saya bergelar isteri selepas sekali lafaz,” katanya.

“Saya mengharapkan bait muslim ini mendapat redha Allah SWT, sakinah mawadah wa rahmah. Menjadi sinergi dlm dakwah dan tarbiyyah, ” tambahnya lagi.

Kami di ISMA SPU mendoakan rumahtangga Wan Syafiqa dan Khairul Anwar dilimpahi kebahagiaan dan kebaikan sepanjang masa. Semoga kalian berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair”