Nikah PKPB: Barakallah buat pasangan pengantin, Mus’ab dan Husna

Nikah PKPB: Barakallah buat pasangan pengantin, Mus’ab dan Husna

Perlis, 16 Jun – Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) mengucapkan Barakallah buat aktivis ISMA SPU, Mus’ab Ishak atas perkahwinannya dengan Nurul Husna Noorzamri, yang juga merupakan Aktivis ISMA Kangar, baru-baru ini.

Majlis akad nikah secara ringkas semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini berlangsung pada hari Sabtu, 4 Julai 2020 bertempat di kediaman pengantin perempuan di Kangar.

“Alhamdulillah, atas izin daripada-Nya majlis pernikahan telah selamat dilangsungkan. Terima kasih kepada kedua-dua belah keluarga, sanak saudara, rakan taulan, jiran-jiran dan ahli kariah masjid yang terlibat bagi menjayakan majlis pernikahan ini,”

“Tidak terbayang akan melalui pengalaman yang mungkin jarang-jarang sekali berlaku. Bersyukur kepada Allah S.W.T, banyak perkara yang boleh kita pelajari dari hikmah perlaksanaan PKPB  ini. Banyak perkara yang dimudahkan dan tetap selari dengan syariat, antaranya tidak perlu berjabat tangan semasa akad,” katanya.

Kami di ISMA SPU mendoakan rumahtangga Mus’ab dan Husna dilimpahi kebahagiaan dan kebaikan sepanjang masa. Semoga kalian berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair”