Tips Hafal Hadis Ke-8

Kelapan: Menghafal Dengan Suara yang Kuat

Kadar menguatkan suara itu dijelaskan oleh Imam al-Khatib al-Baghdadi rhmllh iaitu dengan kadar seseorang iti mampu mendengar suaranya sendiri. Ikutlah pesanan Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali rhmllh kepada sahabtnya;

“Apabila kamu belajar maka kuatkanlah suara kamu. Sesungguhnya ia lebih memantapkan hafalan dan menghilangkan rasa mengantuk. Baca secara nada perlahan ialah untuk kefahaman, manakala secara nada kuat ialah untuk hafalan dan kefahaman”.

Oleh itu, optimumkan pancaindera kita dalam menghafal hadith Rasulullah s.a.w. Semakin banyak pancaindera yang digunakan dalam menghafal, semakin mudah dan lebih cepat kita mengingati hadith.

Kredit: Mohd Solleh Ab. Razak

Calon Phd Hadith Universiti Sains Malaysia

Diringkaskan oleh Ustaz  Afifi Saleh bin Abdul Rahman