Tips Hafal Hadis Ke-14

Keempat Belas: Salin Semula

Penulisan merupakan proses yang memberi impak besar dalam usha menghafal hadith. Imam al-Hasan bin Ali r.a pernah menasihati anaknya;

“Sesiapa antara kamu yang tidak menghafal hadith, hendaklah dia menulis”.

Abdullah Ibn Mubarak rhmllh juga pernah ditanya tentang penulisan ilmu. Katanya; “Sekiranya ilmu tidak ditulis, maka kami tidak dapat menghafalnya”.

Mu’awiyyah bin Qurrah rhmllh berkata:

“Sesiapa yang tidak menulis ilmu, maka janganlah kamu mengiranya sebagai orang yang berilmu”.

Justeru, betapa pentingnya penulisan dalam dunia ilmu. Kaedah ini seharusnya diaplikasikan dalam proses menghafal hadith Nabi s.a.w.

Kredit: Mohd Solleh Ab. Razak

Calon Phd Hadith Universiti Sains Malaysia

Diringkaskan oleh Ustaz  Afifi Saleh bin Abdul Rahman