Tips Hafal Hadis Ke-13

Ketiga Belas: Perbincangan Bersama Rakan

Perbincangan bersama sahabat dan rakan seperjuangan memberikan faedah yang sangat besar dalam pengajian kita. Bahkan ia merangsang ke arah lebih cergas dan berlumba-lumba dalam meningkatkan keilmuan.

Berkata Ali bin Abi Talib r.a;

“Saling berkunjunglah dan saling berbincang tentang hadith. Jangan kamu meninggalkannya kerana ia akan hilang”.

Demikian juga pesanan sahabat Baginda s.a.w yang lain, Abu Sa’id al-Khudri r.a;

“Berbincanglah sesungguhnya perbincangan akan mengaktifkan hadith”.

Kelazatan dalam perbincangan ilmu ini sesuatu yang sangat mahal dan berharga. Perbincangan ilmu juga dapat memberikan manfaat besar untuk para penuntut ilmu yang baru menceburi bidang hadith. Dengan perbincangan ilmu daripada senior, ahli akademik dan para alim ulama, secara tak langsung memberi peluang untuk kita melihat sudut pandang ilmu yang lebuh besar dan luas.

Ingat kata-kata Abdullah Ibn Mubarak rhmllh;

“Sesungguhnya manfaat hadth yang pertama ialah ia saling memberi manfaat antara mereka”. Antara cara memberi manfaat adalah dengan mengadakan majlis ilmu dan perbincangan.

Kredit: Mohd Solleh Ab. Razak

Calon Phd Hadith Universiti Sains Malaysia

Diringkaskan oleh Ustaz  Afifi Saleh bin Abdul Rahman