Tips Hafal Hadis Ke-12

Kedua Belas: Banyakkan Murajaah Selepas Berjaya Menghafal.

Seperti mana kita sentiasa mengulang-ulang al-Qur’an untuk memelihara kekuatan hafalan, begitu juga hadith Nabi s.a.w.

Imam al-Qadi ‘Ubaid bin al-Hasan rhmllh berkata:

“Jika kamu mahu menghafal hadith, maka banyakkanlah menggerakkan mulut kamu (mengulang-ulang)”.

Imam al-Bukhari rhmllh pernah ditanya tips hafalan hadithnya yang kuat, dan jawapan beliau:

“Aku tidak tahu sesuatu yang lebih bermanfaat untuk(menguatkan) hafalan melainkan keghairahan seseorang (semangat untuk menghafal) dan berterusan mengulangkaji hafalan”.

Maka peruntukkanlah masa dan jadual untuk mengulangkaji hadith yang telah berjaya dihafal. Saya akhiri tips ini dengan pesanan dari Syeikh al-Syarif Hatim al-‘Auni:

“Wajar kepada semua penuntut ilmu agar membuat jadual tertentu bagi mengulangi hafalannya, seperti menetapkan satu hari di setiap hujung minggu untuk mengulang kaji apa yang dihafal pada minggu tersebut”.

Ayuh kita cuba.

Kredit: Mohd Solleh Ab. Razak

Calon Phd Hadith Universiti Sains Malaysia

Diringkaskan oleh Ustaz  Afifi Saleh bin Abdul Rahman