Tips Hafal Hadis Ke-11

Kesebelas: Banyakkan Ulangan Ketika Menghafal

Tiada jalan mudah atau jalan pintas untuk menghafal. Mengulang kembali bacaan antara tips untuk mengukuhkan hafalan penuntut ilmu. Imam Ibnu al-Jauzi rhmllh mengatakan: “Cara memantapkan hafalan ialah banyak mengulang, sedangkan manusia berbeza dalam tahap mengulang ssehingga berjaya menghafal”.

Perhatikan pengalaman ulama terdahulu: Imam Abu Ishaq al-Syirazi mengulangi pelajarannya sebanyak 100 kali. Imam Ilkiya al-Harrasiy mengulangi sebanyak 70 kali. Imam al-Hasan bin Abi Bakr al-Naisaburi pula mengulangi hafalan beliau sebanyak 50 kali.

Imam al-Khatib al-Baghdadi rhmllh mengingatkan kita;

“Sewajarnya dipelihara hafalannya dan menyemak kesemuanya setiap kali berlalunya tempoh tertentu dan jangan lalai perkara demikian”.

Maka itulah kuncinya. Ulang. Dan teruskan mengulang. Setelah berjaya menghafal sesuatu hadith yang ditentukan, jangan lupa untuk mengulangnya lagi kerana hafalan tersebut masih terlalu muda.

Kredit: Mohd Solleh Ab. Razak

Calon Phd Hadith Universiti Sains Malaysia

Diringkaskan oleh Ustaz  Afifi Saleh bin Abdul Rahman