Tips Hafal Hadis Ke-10

Kesepuluh: Perhatikan dengan Betul & Teliti

Kita sewajarnya memerhatikan setiap huruf dan perkataan yang tertulis dengan cermat apabila memulakan hafalan.

Oleh yang demikian, proses memerhatikan lembaran buku merupakan proses yang penting dalam memindahkan maklumat yang bertulis ke dalam memori ingatan kita untuk dihafal dan diulang.

Apabila kita membaca sesuatu ayat yang ingin dihafal, hendaklah kita membacanya dengan perlahan dan jangan terlalu cepat. Pastikan sebutannya jelas dan fasih. Bebola mata memusatkan sepenuh pandangan kepada lembaran ayat yang dibaca.

Saya petik nasihat yang disampaikan oleh Imam Abdullah Ibn Mubarak rhmllh;

“Sesiapa yang menyukai agar memperoleh faedah, maka hendaklah dia melihat (memberi perhatian) kepada bukunya”.

Maka, apabila kita mahu menghafal hadith Nabi s.a.w, berilah tumpuan sepenuhnya ketika proses membaca dan menghafal. Perhatikanlah setiap susunan huruf, kalimah dan ayat-ayatnya. Pastikan tidak tertukar huruf dan baris.

Kredit: Mohd Solleh Ab. Razak

Calon Phd Hadith Universiti Sains Malaysia

Diringkaskan oleh Ustaz  Afifi Saleh bin Abdul Rahman