Projek Sumbangan Covid-19 Frontliners Hospital Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM, 19 Mei 2020 – Menyedari betapa besarnya pengorbanan Frontliners di Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pengerusi I-Medik Pulau Pinang, Dr. Muhammad Fatah Md Radzi dan Wakil Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU), Ustaz Mohd Yusoff Abd Muttalib`turun padang’ untuk menyerahkan sendiri Bekas Makanan pakai buang 3 Compartment kepada wakil pihak hospital iaitu Ketua Unit Dietetik dan Sajian, Hospital Bukit Mertajam, En. Nur Hisyam Ismail.

Sebanyak 450 pcs bekas makanan yang disumbangkan bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan di HBM yang tidak mengenal erti penat semasa memberi rawatan kepada pesakit.

Turut serta dalam majlis penyerahan tersebut ialah Pegawai Dietetik HBM yang juga aktivis I-Medik Pulau Pinang, Pn Noor Taufikhiah Harun dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan HBM, Pn Nurul Ezalin Sharudin.

Pihak ISMA SPU mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa memberi sokongan dari segi kewangan kepada petugas barisan hadapan.