Tips Hafal Hadis Ke-7

Ketujuh: Memilih Tempat  yang Sesuai Untuk Menghafal

Antara ciri tempat yang terbaik untuk menghafal ialah tempatyang berish dan sunyi daripada gangguan yang boleh menghilangkan konsentrasi atau tumpuan hafalan.

Imam al-Khatib al-Baghdadi rhmllh menjelaskan dengan lebih terperinci;

“Tempat yang paling sesuai untuk menghafal ialah tempat yang jauh dari perkara yang melekakan fikiran dan tempat yang mengosongkan hati atau tempat yang membuatkannya terhalang untutk menghafal”.

Imam Ibnu al-Jauzi rhmllh pula menyatakan, “Tidak sewajarnya menghafal di tebing sungai atau di hadapan pokok-pokok agar hati tidak terganggu”.

Ini tidak bermaksud larangan secara mutlak untuk menghafal di sungai atau pokok, tetapi memberi isyarat supaya memilih tempat yang sesuai agar tumpuan tidak terganggu ketika menghafal.

Walaupun demikian, jangan dihadkan masa pada tempat tertentu sahaja. Tetaplah bawa buku dan bacalah di mana-mana sahaja. Ambillah peluang untuk cuba membaca dan menghafal secara imbasan. Kemudian ulangbaca dan hafalan pada masa dan tempat yang sesuai.

Kredit: Mohd Solleh Ab. Razak

Calon Phd Hadith Universiti Sains Mailaysia

Diringkaskan oleh Ustaz Afifi Saleh bin Abdul Rahman