Tips Hafal Hadis Ke-6

Keenam: Rebut Masa Muda

Masa muda merupakan satu tempoh masa yang dianugerahkan Allah s.w.t dengan kejernihan fikiran, keluasan masa dan kesihatan tubuh badan. Bahkan, ianya saranan Nabi s.a.w untuk kita rebut sementara umur masih berbaki.

Contohilah Ibn ‘Abbas yang gigih menuntut ilmu ketika umur mudanya. Beliau hanya berumur 12 tahun ketika kewafatan Nabi s.a.w edangkan pada ketika itu beliau merupakan pakar tafsir dan hadith dikalangan sahabat.

Syeikh Muhammas Nur bin Absul Hafiz Suwaid hfzllh mengatakan:

“Peringkat kanak-kanak ini merupakan tempoh paling subur dalam proses pembinaan ilmu dan pemikiran kanak-kanak”.

Dari situ, kita lihat pula perumpamaan yang dinukilkan oleh Imam al-Hasan al-Basri:

“Ilmu di waktu kecil seumpama mengukir di atas batu”.

Persis batu, ia kekal untuk satu jangka masa yang panjang. Laksana ukiran di atas batulah, ia segar dalam ingatan sehinggakan bacaan hafalan seumpama bacaan pada buku dan kitab.

Akhir sekali, saya tutup dengan kalam ‘Alqamah bin Qays rhmllh yang menyeru kita untuk merebut  peluang hafalan ketika muda;

“Apa yang saya hafal ketika usia muda, seumpama saya membacanya dalam buku”.

Kredit: Mohd Solleh Ab. Razak

Calon Phd Hadith Universiti Sains Mailaysia

Diringkaskan oleh Ustaz Afifi Saleh bin Abdul Rahman