Tips Hafal Hadith Yang Pertama

  • Tips Pertama: Pelihara Niat Agar Ikhlas

Allah berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 5,
“Dan tidaklah mereka diperintahkan untuk beribadah kepada Allah kecuali dengan mengikhlaskan diri kepada-Nya”
Justeru, menuntut ilmu dan menghafal hadith Rasulullah s.a.w turut tergolong dalam ibadah kepada Allah s.w.t.
Berkata Imam Hammad bin Salamah rhmllh;
“ Sesiapa yang mempelajari hadith dengan bukan niat kerana Allah, maka dia telah terpedaya”.
Abdullah ibn Abbas r.a pernah berkata;
“Sesungguhnya kekuatan hafalan seseorang berdasarkan tahap niatnya”.
Untuk itu, marilah sama-sama kita berdoa dan memohon agar Allah s.w.t memberi kita sifat ikhlas dan berdoa agar sentiasa berada di atas landasan ikhlas.

Kredit: Mohd Solleh Ab. Razak
Calon Phd Hadith Universiti Sains Mailaysia

Diringkaskan oleh Ustaz Afifi Saleh bin Abdul Rahman