Tips Hafal Hadis Ke-2

Kedua: Mulakan dengan al-Qur’an

Al-Qur’an merupakan ilmu yang paling mulia, bahkan ia merupakan asas dan dasar bagi seluruh ilmu.

Imam al-Nawawi rhmllh menceritakan keadaan para Salah al-Salih;

“Perkara pertama yang dimuliakan ialah menghafal al-Qur’an. Sesungguhnya para salaf tidak mengajarkan hadith dan fiqh kecuali kepada sesiapa yang menghafal al-Qur’an.”

Imam Yahya bin Ma’in berkata bahawa selama 20 tahun, Yahya bin Sa’id al-Qattan rhmllh mengkhatamkan Al-Qur’an pada setiap malam.

Ali Ibn al-Madini pula pernah berkata sesungguhnya wirid Abdul Rahman bin Mahdi rhmllh setiap malam ialah separuh Al-Qur’an.

Ingatlah pesanan Imam Ibrahim al-Maqdisi kepada muridnya;

“Banyakkanlah membaca al-Qur’an dan jangan engkau tinggalkannya. Sesungguhnya dipermudahkan ilmu yang kamu pelajari berdasarkan kadar ayat yang kamu baca.”

Diya’ al-Maqdisi pula berkata, “Saya sendiri melihat dan mengalami pengalaman tersebut. Apabila saya membaca Al-Qur’an, saya dipermudahkan untuk mendengar dan menulis hadith dengan banyak sekali. Sebaliknya apabila saya tidak membaca Al-Quran, tidak dimudahkan untuk saya memperoleh hadith.

Kredit: Mohd Solleh Ab. Razak

Calon Phd Hadith Universiti Sains Mailaysia

Diringkaskan oleh Ustaz Afifi Saleh bin Abdul Rahman