Tips Hafal Hadis Ke-4

Keempat:Beramal Dengan Kandungan Hadith yang Dihafal

Sebagai penuntut ilmu, kita tiada pilihan lain selain beramal dan mengaplikasikan apa yang diterangkan dalam al-Qur’an dan Hadith dalam kehidupan seharian.

Berkata Imam Sufyan al-Thauri rhmllh:

“Ilmu memanggil agar mengamalkannya. Maka sekiranya menyahut seruan itu (untuk beramal, ilmu akan bersamanya), sekiranya tidak, maka ilmu akan pergi”.

Apabila kita menyahut seruan untuk beramal dengan hadith, maka ia menjadi pemudah cara untuk kita menghafal hadith nabi s.a.w.

Imam al-Sya’bi dan Waki’ bin al-Jarrah rhmllh berkongsi pengalaman mereka ketika berinteraksi dengan hadith Nabi s.a.w;

“Sesungguhnya kami memohon pertolongan untuk menghafal hadith dengan beramal dengannya”

Syeikh al-Syarif Hatim al-‘Auni juga menjelaskan bahawa factor yang paling penting dalam memantapkan hafalan hadith adalah beramal dengan hadith tersebut.

Kata Abu al-Darda’ r.a:

“Sesiapa yang beramal sebanyak 1/10 apa yang dia ketahui, Allah sw.t akan mengajarkannya apa yang dia tidak ketahui”.

Semoga kita diberikan kekuatan untuk beramal dengan ilmu Allah s.w.t agar menjadi bekalan dan pedoman di dunia dan mendapat ganjaran di akhirat.

Kredit: Mohd Solleh Ab. Razak

Calon Phd Hadith Universiti Sains Mailaysia

Diringkaskan oleh Ustaz Afifi Saleh bin Abdul Rahman