ISMA Syukbah Kulim, EziTravel bantu penduduk terkesan akibat PKP

KULIM, 10 April – ISMA Syukbah Kulim dengan kerjasama pihak EziTravel memainkan peranan dengan menghulurkan bantuan kepada penduduk sekitar Kulim yang terjejas sambil memperkenalkan Pusat Komuniti Syukbah Kulim.

Menurut wakil ISMA Syukbah Kulim, Wafa Elyani Abdul Rahim yang menyertai sumbangan itu berkata, “senarai penerima kami tapis terlebih dahulu, kemudian bahagikan untuk pengedaran. Walaupun tinggal di Kulim, ada juga kawasan yang tidak pernah sampai. Ada penduduk yang hanya tinggal di pondok sering kali mendapat bantuan bekalan makanan agak lambat,”.

Tambahnya lagi, ” Kadang-kadang kita rasa susah, tetapi ada lagi orang yang lebih susah dan memerlukan. Mungkin ada di antara kita, pendapatan tak terjejas. Gaji masih berjalan, tapi mereka kerja harian. Di tambah pula dengan masalah kesihatan. Kita masih bersenang lenang di rumah sebab masih berkemampuan, ada dalam kalangan mereka hanya rumah ala kadar sahaja.”

Bagi meringankan bebanan mereka, sedikit sumbangan keperluan asas seperti beras, bihun, tepung, gula, minyak, teh dan sardin disalurkan.

Tambahnya lagi, bagi pihak yang ingin turut membantu meringankan beban golongan yang memerlukan ini, boleh menghubungi wakil ISMA Syukbah Kulim, Wafa Elyani Abdul Rahim di talian 018-245 4161.

Sementara itu, aktivis ISMA Syukbah Kulim turut membantu menderma darah di Hospital Kulim berikutan bekalan darah yang semakin berkurangan.

Menurut Naib Yang Di-Pertua (NYDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara, Muhammad Hafiz Abd Rahim, petugas kesihatan memaklumkan bahawa kerjasama orang ramai untuk menderma darah sangat dialu-alukan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

“Bagi memastikan bekalan mencukupi, secara purata Hospital Kulim memerlukan hampir 180 beg darah dalam seminggu, tetapi setakat ini hanya sekitar 20 orang/beg sehari  iaitu hanya 140 beg darah dapat dikumpul dalam seminggu, jadi Hospital kekurangan 40 beg darah lagi,”

“Petugas kesihatan turut menyambut baik kempen derma darah yang dilaksanakan oleh ISMA Syukbah Kulim,” katanya.

Oleh Nur Husnuzzan Azizan

Biro Komunikasi Korporat & Multimedia (BKOM)

ISMA Seberang Perai Utara