ISMA Seberang Perai Utara serah sumbangan Covid-19 Frontliners Hospital Sungai Bakap

SUNGAI DUA, 14 April –Yang Dipertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU), Ustaz Abdul Rahim Sudin telah membuat serahan Projek Sumbangan Covid-19 Frontliners Hospital Sungai Bakap yang bernilai RM3000 kepada wakil pihak hospital, Dr Ahmad Shahril Hafifi Saad untuk membeli kain bagi menghasilkan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE). 

Ustaz Abdul Rahim Sudin menyatakan, “Projek  Sumbangan Covid-19 Frontliners ini adalah cetusan idea ahli ISMA SPU bagi mengajak ahli ISMA dan masyarakat berganding bahu membantu mengurangkan risiko jangkitan kepada petugas barisan hadapan ketika bertugas. Saya mewakili Jawatankuasa ISMA SPU mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang sehingga terkumpul sejumlah RM 3,000.00 dalam masa tiga hari sahaja,” katanya.

Sementara itu, menurut Dr Muslim Mustapa, wakil ISMA SPU berkata, “setakat ni kami fokus kepada kumpul duit sahaja. Penyaluran sumbangan akan diuruskan oleh pihak ISMA SPU selagi ada sumbangan yang diberikan,”.

Tambahnya lagi, “Sumbangan seterusnya akan dibuat setelah mencukupi untuk membeli apa-apa keperluan lain di hospital terutamanya PPE. Setakat ini, baru satu hospital yang kita berjaya bantu. Lebih banyak sumbangan yang berjaya dikumpul, lebih banyak lagi hospital yang dapat dibantu. Semuanya bergantung kepada sumbangan yang berjaya dikumpulkan daripada masyarakat Malaysia yang prihatin,”.

Beliau turut menyatakan,” Semoga sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak memudahkan barisan hadapan menjalankan urusan menjaga kemaslahatan negara kita. Semoga Allah memberkati segala pengorbanan petugas hospital dan mempermudahkan urusan mereka dan keluarga,” katanya.

Oleh Nur Husnuzzan Azizan

Biro Komunikasi Korporat & Multimedia (BKOM)

ISMA Seberang Perai Utara