Part 2: Isra’ Mikraj Mengajar Erti Kehambaan Kepada Allah S.W.T

6 – Perintah Didirikan Solat Lima Waktu

Peristiwa Mikraj atau perjalanan Rasulullah S.A.W ke Sidratul Muntaha adalah tempat berlakunya peristiwa Rasulullah menerima perintah Allah S.W.T untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Perintah ini adalah secara langsung diberikan oleh Allah kepada Baginda tanpa perantara.Walaupun pada awalnya Allah S.W.T memerintahkan didirikan sebanyak 50 waktu, namun Rasulullah S.A.W memohon agar dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.

Perintah solat lima waktu ini sangat dipegang erat oleh Rasulullah S.A.W dan Baginda sangat menitikberatkan kepada umat Baginda supaya tidak meninggalkan solat lima waktu kerana ianya adalah tiang agama Islam dan kunci diterima segala amalan di dunia.

7 – Pembersihan Hati untuk Menghadap Allah S.W.T

Diriwayatkan, sebelum peristiwa Isra’ Mikraj, Rasulullah S.A.W telah ‘dibedah’ oleh malaikat bagi membersihkan jiwa Baginda dari sifat-sifat buruk seperti was-was.
Ini memberi gambaran kepada umat Islam bahawa sebelum menghadap Allah S.W.T dalam menjalankan ibadah, seharusnya membersihkan dulu jiwa dan hati dari segala sifat buruk.
Selain itu, segala amalan ibadat hendaklah disertai dengan niat yang betul dan ikhlas. Allah berfirman bahawa Islam itu bersih, maka bersihkanlah jiwa raga kerana sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang bersih.

Sungguh banyak hikmah yang dapat diambil oleh umat Islam sebagai iktibar daripada peristiwa ini.Jadi sebagai umat Islam umumnya, dan pengikut Nabi Muhammad S.A.W khususnya haruslah kita jadikan peristiwa ini sebagai pangajaran utama dalam mengejar ibadah terutamanya dalam mendirikan solat lima waktu.

Setelah kita sering diceritakan mengenai peristiwa isra’ mikraj ini,kita harus bertindak bagi membuktikan manifestasi keimanan kita kepada Allah S.W.T iaitu dengan banyak bersujud kepadanya sebagai tanda syukur.

Salam Isra’ Mikraj

Abiidah binti Fadzlan Shahidi
B.A Syariah Islamiyah, Universii Al-Azhar.
Pelajar Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan (DLSA)