Kaedah atasi masalah dengan betul

Setiap orang dalam hidup ini pasti mempunyai masalah atau ujian masing-masing. Sama ada masalah tempat di kerja, keluarga, kawan-kawan, kewangan, kesihatan dan sebagainya. Tetapi apa yang membezakan setiap orang adalah bagaimana setiap individu mengendalikan  masalah yang dihadapinya.

Langkah pertama menyelesaikan masalah adalah dengan mempunyai mentaliti yang betul. Individu yang mempunyai mentaliti yang betul dan cara fikir yang rasional pasti dapat mencari jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya dengan tenang.

Titik tolak penting dalam mengendalikan masalah ialah dengan berhenti seketika, fikir sejenak dan berkongsi masalah dengan orang terdekat antara kaedah pertama yang mudah (Pause, think and share). Lebih-lebih lagi jika kita berkongsi dan meluahkan masalah kepada Sang Pencipta dalam sujud qiamullail. Allah pasti akan berikan penyelesaian yang terbaik dari jalan yang tidak disangka-sangka. Seperti kata Imam As-Syafie, “doa di saat tahajud bagaikan anak panah yang tepat mengenai sasaran”. Jika kita fikir kita ada masalah yang besar, beritahu diri sendiri bahawa, kita ada Allah yang lagi Maha besar daripada masalah tersebut.

Ingatlah bahawa setiap ujian yang hadir dalam hidup ini adalah untuk meningkatkan tahap keimanan seseorang hamba. Janganlah kita kalah pada peringkat pertama lagi dengan berburuk sangka dengan Allah, menyalahkan takdir atau menunding jari kepada orang lain. Jika kita kalah pada tahap ini, nescaya kita akan didatangkan lagi dengan ujian yang sama berulang kali sehingga kita melepasi ujian yang tersebut.

Oleh: NorFazira Afifi bt Hassan

Ahli ISMA Seberang Perai Utara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *