Ibrah Peristiwa Isra’ Mikraj

1. Allah pengubat kepada segala kesedihan dan penawar  dunia

Satu dunia terasa dengan wabak Covid-19 membuatkan pelbagai rasa hadir pada setiap jiwa manusia;  rasa panik ,takut , sedih  dan lain-lain seolah-olah dunia di penghujung usia. 

Bagi yang beriman dalam penuh ketenangan sidiq dan iman bertawakkal, mereka mencari seribu satu usaha dan langkah  penjagaan  dan rawatan, patuh pada arahan pihak Berkuasa dan kembali  berpandukan arahan al-Quran dan hadis.

Andai yang datang (Covid-19) tentera Allah yang membawa peringatan, maka bermunajatlah kita padanya yang berkuasa supaya mengasihani kita dan memohon keampunan dengan beristigfar, solat taubat dan hajat  supaya wabak tidak terus merebak dan menyerang.

Dalam peristiwa kesedihan Rasullullah S.A.W digembirakan dengan peristiwa Isra’ Mikraj yang memberi suatu keajaiban dunia bahawa hakikat pengubatnya adalah Allah.

Justeru itu, untuk mendapat keajaiban dan pertolongan daripada Allah, maka kita semua berperanan untuk menyeru semua umat Islam bersatu hati untuk kembali kepada Allah.

Ternyata, tiada jalan lain selain beramal dengan agama Allah kerana Islam is the way of life.

2. Ibadat Solat – benarlah solat merupakan vaksin pemelihara diri dari kerosakan (mungkar dan maksiat).

Perintah solat lima waktu ini sangat dititikberatkan oleh Rasulullah dan berpesan kepada umat Baginda supaya tidak meninggalkannya kerana kunci diterima segala amalan di dunia dan dapat memelihara diri daripada melakukan kejahatan.

3. Wajib menghindari mungkar dan maksiat

Suatu teori yang realiti dan terbukti supaya kita berfikir sama ada kita menunggu kemusnahan yang berterusan atau terus bermujahadah mencari bekalan.

4. Mengakui kebesaran dan kegagahan Allah al-Ahhar al-Jabbar

Keajaiban peristiwa Isra’ Mikraj pada adatnya tiada siapapun yang mempercayainya namun Abu Bakar Assiddiq tetap berkata  صدقت يا رسول الله (shadaqta ya Rasulullah). Walaupun tidak logik pada pemikiran kita, tetapi peristiwa itu jelas disebut oleh Allah di dalam al-Quran.

Peristiwa luar biasa yang dialami oleh Rasulullah S.A.W itu berlaku dalam waktu yang singkat  tetapi ceritanya panjang. Itulah tanda berkuasanya Allah. Keimanan dan ketenangan adalah anugerah Allah pada hati yang terpilih.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita kualiti masa 24 jam setiap hari untuk kita melaksanakan pelbagai amal tuntutan tanpa berasa letih dan kesal supaya termasuk dalam golongan yang diterima amalnya.

 نعم أجر العاملين

Oleh Ustazah Noritta binti Abu Bakar

Ahli ISMA Seberang Perai Utara