Harapan baharu buat Belia

Pembina Pulau Pinang mengucapkan sekalung tahniah kepada YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Marican yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, dan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pelantikan YB Dato’ Seri Reezal Merican memberi harapan baharu buat semua belia untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam membangunkan agenda belia termasuk di Pulau Pinang dan menggarap belia dalam penglibatan program atau pakej yang berbentuk keislaman bagi mengangkat martabat Agama,bangsa dan Negara.

Pembina Pulau Pinang juga akan berusaha membantu membangunkan potensi belia yang sekaligus akan menyumbang kepada negara mengikut Undang- undang dan Perlembagaan.

Barisan Jawatankuasa PEMBINA Pulau Pinang juga meyakini bahawa pelantikan barisan jemaah Menteri Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memberi lembaran baharu buat Kerajaan Persekutuan untuk mendapat kepercayaan rakyat dengan memberi keutamaan kepada keperluan rakyat.

Ahmad Farhan Ishak
Pengerusi Pembina cawangan Pulau Pinang