5 idea aktiviti menarik di rumah

1. Habiskan bacaan buku-buku yang sudah di beli tetapi masih belum di sentuh, malah masih berbalut plastik. Selain itu, banyak juga bahan bacaan online yang boleh dimuat turun secara percuma.

2. Hadiri kelas-kelas atas talian, untuk membina ‘softskill’ dan menambah pengetahuan. Contohnya;https://www.edx.org/

3. Belajar bahasa baru! Annyeonghasaeyo~Kaifahalukum~Kumusta~Contohnya;http://www.openculture.com/freelanguagelessons

4. Cuba resepi baru. Yang ini tak perlu diceritakan lebih panjang. Rasanya semua arif lagi bijaksana.

5. Khatamkan Al-quran. Kalau tidak dapat 30 juz, boleh cuba sehari 1 juz, tidak dapat juga 1/2vjuz, tidak dapat juga sehari 5m/s .


Sekiranya anda pelajar, maka wajarlah menggunakan peluang ini sebaiknya. Tiada lagi alasan sibuk dengan kelas. Sekiranya anda bekerja di rumah, aktiviti ini boleh dilakukan sebelum atau selepas waktu bekerja yang biasa anda gunakan untuk bergerak dari rumah ke pejabat dan pejabat ke rumah. Waktu rehat jam 1 – 2 juga boleh dimanfaatkan.

Oleh Zulaihah Karim