Ambil tahu ‘Takkan Melayu hilang di dunia’

1. Sejarah Melayu, asal usul Melayu dan kehebatan peradaban Melayu diasaskan oleh kefahaman Islam 

– pembinaan rumah-rumah Melayu mempunyai seni bina yang unik

– Pertambahan 4 huruf jawi (ca,nya,ga,nga) asalan tulisan Arab

– bangsa yang dikagumi dalam ilmu pelayaran dan teknologi pembinaan perahu dan kapal

2. Ancaman bangsa Melayu bukan ancaman bangsa, tetapi agama. Pertembungan yang berlaku adalah pertembungan Islam dan taghut.

3. Peranan anak muda bagi mengembalikan jati diri bangsa 

– mesti ada perspektif yang benar mengenai bangsa Melayu iaitu melalui pembacaan dan kajian

– sedar tentang kehebatan bangsa dan menjadi agen penyatuan bangsa 

– bangkit mempertahankan hak dan identiti bangsa yang sedang dicabar

4.  Ambil pengajaran daripada kata-kata Tokoh, Dr Burhanudin Helmy 

– kembalikan Melayu kepada Islam secara menyeluruh

– membangun negara yang merdeka, ada acuan sendiri, tidak terikat/tertakluk kepada Barat 

– Melayu harus bersatu, ketepikan perbezaan politik sebaliknya meletakkan agama sebagai asas penyatuan ummah

Keunggulan dan kehebatan bangsa Melayu bukan sahaja hebat dalam seni pelayaran, bahkan dalam bidang ekonomi, kepimpinan, pendidikan dan sebagainya. Semangat perjuangan dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan anak muda mesti disemai untuk mempertahankan kedaulatan tanah air dari ancaman luar termasuk ancaman pemikiran dan budaya Barat.

Oleh Siti Syafiqah Ahmad Yusoff

Ahli ISMA Seberang Perai Utara 

*Nota ringkasan daripada Forum Takkan Melayu hilang di dunia yang diadakan pada 17 Februari 2020, di Pejabat ISMA SPU