RANGSANG DERIA ANAK-ANAK

12813980_10205397728694653_3151829309469660510_n

Anak di usia 3 hingga 5 tahun memang tinggi curiosity mereka. Pada usia ini, rasa ingin tahu semakin tinggi maka sebab itulah mereka menjadi lebih aktif. Sebagai ibubapa, selain belikan mereka mainan (ini yang kebanyakan ibubapa lakukan, beli tetapi kadang-kadang tidak tunjukkan cara bermain), kita perlu berikan rangsangan yang sesuai untuk mereka belajar berdikari semasa melakukan satu-satu perkara. Tunjukkan cara main masak-masak dengan set mainan tersebut, dan ajar juga mereka mengemas selepas selesai main.

Ambil sedikit masa pagi sebelum ke pejabat dan bawa mereka pusing padang permainan berdekatan dengan rumah anda. Tunjukkan mereka itu langit, sebutkan Subhanallah. Panjat pokok yang tak berapa tinggi, dan tunjukkan mereka si Abah boleh buat itu semua. Biar mereka rasa kagum. Kagum dengan kita dan paling penting, usaha kita untuk capai matlamat memanjat pokok tu (effort kot….).

12799032_10205397729094663_6239238288665603510_nHari ni bawa anak-anak lihat sendiri kejadian alam ciptaan Ilahi. Dia sangat kagum dengan pokok semalu. Sentuh saja kuncup, sehingga semua pokok semalu yang dia nampak di atas tanah, dia mahu pegang. Yang kelakar, secara tak sengaja aktiviti tu dah merangsang deria berfikir pula.

Dia pergi ke pokok renek yang lain dan pegang tapi tak kuncup “Abah, tak jadi pun” sambil mengangkat kening tanda keliru/curious yang tinggi. Kagum pula aktiviti semudah itu dapat rangsang derianya berfikirnya lebih jauh lagi.

Disitu peranan kita terangkan lagi tentang alam ciptaan Allah. Yang Allah Maha Perkasa menciptakan setiap sesuatu itu berbeza fungsi dan rupa, tetapi setiap sesuatu itu ada tujuan penciptaan masing-masing yakni untuk manusia itu beribadah kepada Allah taala.

Cubalah bawa anak ke taman pagi-pagi sebelum ke pejabat. Anda akan rasa kualiti masa anda bertambah baik dari hari ke hari. InsyAllah.

Penulis : Ammar Muhd
Pautan : FB post