TERSALAH JALAN

800px-Coral_Way_20100321
Bukan tak redha, bukan nak berkalau-kalau. Cuma, jika diberi kesempatan dan peluang memperbetulkan kesilapan yang saya lakukan selepas SPM lepas, pastinya akan saya lakukan.

Kata orang, kesilapan ialah guru yang baik. Tapi belajar daripada kesilapan tu perit dan pedih. Bila tersalah memilih kursus pengajian dan terpaksa menukar laluan, bukanlah mudah adik-adik.

Buat semua yang membaca, sebelum itu saya kenalkan diri sebagai Kak N 😉 Kisah yang dikunilkan ini ialah kisah benar.
Kisah yang telah berlaku lanjutan keputusan yang dibuat beberapa tahun lalu. Keputusan dan pilihan yang tidak dipandu dengan baik. Kesannya, kawan Kak N yang seumur berkonvo dengan skrol ijazah di tangan, Kak N berkonvo dengan hanya diploma di tangan.

Waktu tu Kak N baru lepas SPM macam adik-adik semua ni. Lepas SPM sibuk kerja. Kak N kerja cashier. Masuk kerja jam 9.30 pagi. Balik kerja jam 12 lebih kurang. Pergi kerja matahari baru nak keluar, balik kerja tak nampak matahari. Serupa vampire dah Kak N rasa, haha.

Disebabkan kekurangan sumber dan kepenatan kerja, Kak N tak sempat nak buat kajian pasal kursus terbaik dan sesuai untuk diri Kak N.

Well… Mungkin rasa yakin diri tu agak tinggi. Rasa boleh je survive apa-apa kursus. Cita-cita masa tu tak tinggi mana pun. Kak N nak jadi pensyarah. Tapi Kak N tak tahu bidang apa yang sesuai. Cuma tahu step
Rasa hati masa tu, follow the flow je lah. Mohon je lah apa boleh dimohon. Tengok dapat apa dan grab je.

Tapi… Langit tak selalu panas. Matahari pun tak selalu bersinar. Salah cara fikir rupanya Kak N ni.

Lepas result SPM keluar, jadi stress. Cikgu kat sekolah tahan Kak N, suruh ambil form 6. Katanya dengan result 10A,1B macam yang Kak N dapat ni, mesti boleh pecah rekod STPM sekolah. Hmm… Rasa macam dipergunakan pula. Atau mungkin akak yang salah tafsir masa tu? Astaghfirullah…

Emak pula dok kempen seronoknya jadi cikgu. Adeh. Masa tu Kak N sungguh belum ada jiwa nak mendidik anak bangsa. Tapi ikutkan sahaja hasrat hati mak tu. Mohonkan juga program PSIMP. Kak N pergi interview. Tapi tak dapat. Heee.. Walaupun Kak N tak mahu sangat jadi cikgu tapi ada sikit rasa kecewa dan sedih sebab takut mak terkilan.

Makcik Kak N pula ada suruh masuk matriks. Cepat habis belajar, cepat kerja katanya.

Last-last datang 3 offer.
Matriks akaun.
Diploma akaun fast-track UiTM. Asasi sains bawah program tajaan.

Dipendekkan cerita, pergilah grab program asasi sains yang dapat tajaan tu. Tanpa Kak N ambil masa dan sungguh-sungguh memikirkan betul ke sesuai, boleh ke survive, memang ni ke yang Kak N nak?

Istikharah buat je. Tapi mungkin tak istisyarah sungguh-sungguh kot? Kak N tak ada pula tanya senior. Tanya semua cikgu.

The struggle was real. Sem 1 Kak N kantoi kat Chemistry. Huhu sedihnya….. Sem 2 kena repeat Chemistry dan beban study bertambah. Study sungguh lah, tak tengok kiri kanan dah. Alhamdulillah pass semua dalam keadaan markah yang ok ok sahaja, tidak cemerlang mana.

Yang lagi sedih tu, kena keluar duit sendiri untuk repeat paper. Berapa eh masa tu 1 paper? RM1200 kot? Huhuhu… Dah sama harga yuran semester kat IPTA tau! Ni lah kalau study kat IPTS. Nangis sampai kering air mata bila fikir pasal survival, tapi kita cuba jalan terus….!

Kehidupan asasi sains yang banyak bergelumang dengan apparatus, prosedur sains , eksperimen berjam-jam bagai dan akhirnya kena hasilkan lab report sangatlah menyemakkan jiwa dan minda. Kena pula baca journals yang bahasanya tak mesra dengan jiwa Kak N ni, memang Kak N teriak la!

Rasa macam nak lari je masa tu. Stress stress!! Kawan baik ada juga tegur. Dia nampak perubahan pada diri Kak N.

Huhu.. Teringat kata seorang senior nama Kak Wati. Dia pun stress masa study engineering and decide habiskan je degree tapi nak kerja bidang lain. Lepas tu kerja juga sebagai engineer tapi sekejap je. 3 tahun. Lepas tu masuk bidang lain.

Baru Kak N tahu, akak ni tak sesuai sebenarnya dengan dunia sains. Rupanya PERSONALITI setiap manusia tu ada tempatnya yang tersendiri. Masa tu terdetik, mungkin lebih elok Kak N di dunia akaun, bisnes dan seangkatannya?

Pung pang, pung pang, dan masa pun berlalu, kita pendekkan cerita….

Akhirnya, mohon balik UiTM. Alhamdulillah, dapat masuk UiTM masa umur 20. Waktu tu lebih tua 2 tahun daripada almost semua classmate. Tapi waktu tu ada beberapa orang lagi yang ada same issue macam akak.

Macam sorang classmate Kak N ni patutnya buat medic tapi tak dapat fly. Reason sebab memang dia tak nak medic tapi mak ayah paksa amik.

Ada tu, yang ayah paksa amik engineering tapi tengok-tengok tak boleh nak bawa.

Kebanyakan kami jadi macam ni sebab tak tahu apa yang terbaik untuk kami.

Alhamdulillah, ni semua cerita lama. Yang tak sangka dapat dikongsikan bersama orang lain pada hari ini.

Syukur…

Hari ini, akak dah pun kerja. InsyaAllah, I am so happy with my career. Memang relate dengan personality akak daripada type DIPLOMAT. Kerja penat pun tak rasa penat, tak rasa susah.

Tak boleh Kak N bayangkan kalau hari ni Kak N kena duduk lab as MLT, pakai kot putih lepas tu buat uji kaji kat darah pesakit suspek demam denggi, atau kena buat projek ujikaji cendawan beracun ke, mahu terbakar lab tu akak kerjakan hehe.

Kurang-kurang pun, terbakar jiwa sendiri. Tak kena jiwa, tak rasa bahagia. Jadi kerja pun tak produktif. Macam mana nak kerja sampai umur pencen nanti?

So, hopefully, adik-adik semua beroleh kebahagiaan di masa depan terus tanpa perlu buat U-TURN atau pun tanpa perlu nak bertukar laluan ketika semua orang sedang memecut.

Belajarlah daripada kesilapan Kak N. Akak tak tahu sungguh-sungguh apa yang terbaik dengan personaliti Kak N. Walaupun result SPM tersusun A sampai 10 biji, tapi sangkuy pula di asasi. Rasa tak ada nilai pun A yang banyak-banyak tu.

Itu dulu… La ni, alhamdulillah I am grateful. Dah mula nampak dan terima banyak hikmah.
Inilah jalan hidup akak yang telah disusunNya.

Tu lah, korang semua ni beruntung ada program-program selangkah ke IPT macam One Step Closer anjuran KRIM Pulau Pinang, Persatuan Belia Islam Nasional dan ILP Kepala Batas ni.

Kalau lah program ni dibuat beberapa tahun lepas waktu zaman akak SPM dulu, insyaAllah, akak nak pergi sangat-sangat!!!

Tahniah kepada Team One Step Closer yang bersungguh-sungguh nak bagi adik-adik semua berjaya di IPT. ??

Jazakillahukhoir. Maaf mana buruk yang terlebih dan baik yang terkurang. Moga ada manfaat untuk semua.

OSC-MAIN-REV-1-2nd-Ver[2]-AI