Berkat peranan Ibu Bapa gilap potensi anak-anak

IMG_20141202_132529 Kepala Batas, 3 Dis – Peranan ibu bapa dalam menggilap potensi anak-anak amat penting untuk menghafal surah-surah pendek dalam Juz Amma.

“Kebanyakan peserta Program Huffaz Cilik berjaya untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran dan ianya bermula dengan peranan ibu bapa mereka di rumah,” kata pengarah program, Puan Nor Emmyza Mustafa.

Program Huffaz Cilik diadakan di Dewan Kemas Paya Keladi, Kepala Batas selama dua hari berturut-turut telah disertai oleh 43 orang peserta.

Objektif yang ingin dicapai dalam program ini ialah menjelaskan Al-quran dan hafalan surah, memberi kesedaran kepada anak-anak tentang perlunya istiqamah membaca Al-quran, serta untuk menyemarakkan semangat ukhwah walaupun berbeza negeri.

“Peserta untuk program ini bukan sahaja dari negeri Pulau Pinang, bahkan dari negeri Kedah iaitu Yan dan Tikam Batu,” katanya.

Selain menghafal, pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti tayangan video, Nazim Rangers, persembahan kumpulan seperti nasyid riadah supaya anak-anak tidak berasa tertekan sepanjang program tersebut dijalankan.

IMG_20141202_132547 IMG_20141202_132613