ISMA SPU Anjur Program Membentuk Keluarga Sakinah wa Rahmah

skgp-ust_yusofKEPALA BATAS, 3 Mac. – Setiap Muslim yang hidup pasti menginginkan dan mendambakan keluarga sakinah wa rahmah yang dibangunkan atas rasa cinta serta kasih sayang, kata Naib Yang diPertua ISMA Seberang Perai Utara, Ustaz Mohd Yusof Abd Mutalib semasa ucapan perasmian di Seminar Selangkah ke Gerbang Perkahwinan Zon Utara yang berlangsung di Mardi Kepala Batas baru-baru ini.

Menurut Mohd Yusof, hakikat sebuah kehidupan rumahtangga tertumpu kepada penerapan nilai-nilai agama bagi mendapatkan keredhaan daripada Allah.

“Islam itu sendiri adalah ajaran yang merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah dalam memenuhi keperluan atau kehendak insaniah yang terdapat dalam diri manusia itu sendiri iaitu kehidupan berkeluarga,” jelas Mohd Yusof.

Beliau menambah kebahagiaan dalam rumahtangga yang dikehendaki bukan sewenang-wenangnya dapat dicapai tanpa ujian.

“Dengan ujian yang dilalui dalam berumahtangga akan menjadikan pasangan suami isteri lebih matang dan bertanggungjawab apabila kita mempunyai aspek keluarga yang bahagia serta dipenuhi dengan rasa kasih sayang,” katanya.

Dalam ucapan perasmiannya juga, beliau menjelaskan bahawa prinsip Imam Hassan Al-Banna dalam memelihara etika adat Islam setiap perkahwinan.

“Etika dan adat Islam perlu ada dalam rumahtangga bermula dari memilih isteri dan meletakkan isteri pada hak kewajipan iaitu mendidik anak-anak dan membantu serta membimbing dalam mengetahui dasar-dasar Islam,” katanya lagi.

Seminar yang dianjurkan oleh Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA Seberang Perai tersebut disampaikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman dalam membentuk rumahtangga Islam yang beragenda.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa merasmikan Seminar Selangkah ke Gerbang Perkahwinan. Program sehari itu dimuatkan dengan tiga slot seminar utama iaitu “Bila Ali Menyunting Fatimah” , “Antara Kaca dan Permata” dan “Mens From Mars, Women From Venus”.

 

Azidatul Anis binti Aziz

Wartawan Media ISMA Seberang Perai Utara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *