Isma SPU ucap tahniah kepada YDP MAINPP baharu

Pulau Pinang, 20 Jan – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Seberang Perai Utara (SPU) mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang dilantik menjadi Yang di-Pertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sesi 2020 -2021.

Yang di-Pertua ISMA SPU, Ustaz Abdul Rahim Sudin berkata, MAINPP baharu ini diharap dapat menjalankan amanah untuk memartabatkan Islam sesuai dengan kedudukannya sebagai agama Persekutuan.

Di samping itu, katanya, usaha memperbanyakkan aktiviti dan program berlandaskan Al-Quran dan Sunnah akan dapat memberi kesedaran dan kefahaman Islam sebenar.

Usaha pemantapan jati diri muslim sejati ini akan merangsang pembentukan sebuah masyarakat Islam yang teguh pegangan agama, hidup berkasih sayang sesama Islam serta hidup harmoni dalam masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Ahmad Zakiyuddin yang menggantikan Ybhg. Dato’ Abdul Malik bin Abul Kassim, mantan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MANIPP) telah tamat kontrak pada 31 Disember yang lalu.