Mendidik anak mencintai al-Quran

BERTAM, 16 Dis  – Mendidik anak untuk mencintai al-Quran sememangnya bukan perkara yang mudah terutamanya dengan cabaran yang dihadapi dari hari ke hari.

Sabtu lalu, Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU) menganjurkan Seminar Profesional Huffaz yang bertujuan membantu ibu bapa melahirkan generasi huffaz al-Quran yang profesional dengan disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua ISMA SPU, Encik Muhammad Hafiz Abd Rahim.

“Peranan serta sokongan ibu bapa amat penting dalam memacu kecemerlangan dalam keadaan dunia yang penuh cabaran,” kata Hafiz.

Sementara itu, Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) ISMA SPU, Puan Shahilah Nordin berkata semua pihak berperanan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional yang jiwanya ditunjangi dengan al-Quran.

“Usaha memperkenalkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab perlu diberi pujian kerana mengandungi pakej pembelajaran berteraskan al-Quran,” katanya.

Dalam perkongsian panelis Forum Bicara Keluarga Profazz, antara tips untuk menjadikan al-Quran sebagai pendamping anak, ibu bapa harus memulakannya dengan membudayakan tadarus di rumah .

Oleh

Aktivis ISMA SPU,

Siti Nor Fatihah Zulkifli