Muhammad Akmal selamat diijabkabulkan bersama pilihan hati, Nur Amalina

Pulau Pinang, 2 Rabiulakhir 1441H, Jumaat – Warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU) berbesar hati mengucapkan

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

“Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan .”

dan tahniah kepada aktivis ISMA SPU, akhi Muhammad Akmal bin Ahmad dan pasangannya, Ukhti Nur Amalina Ezrina binti Dzulkifli kerana telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang cukup indah pada 18 Oktober 2019.  

Mereka dinikahkan di Masjid Bandar Tasik Puteri pada pukul 3.30 petang yang dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat rapat kedua-dua belah pihak.  

Dalam majlis yang berlangsung secara meriah itu, pengantin perempuan menerima 9 dulang hantaran daripada lelaki, sementara itu pengantin lelaki menerima 7 dulang hantaran.

Majlis resepsi sebelah perempuan pada keesokan harinya iaitu 19 Oktober 2019 di Dewan Razali Paya Jaras.  

Sementara itu, majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 1 Februari 2020 di rumah pengantin lelaki, Kampung Tersusun Kg Tok Bedu secara ‘rewang’ iaitu kenduri gotong-royong.

Semoga baitul muslim yang dibina dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *