Larian Sawah Padi tingkat kekuatan fizikal Wanita

Peserta bergambar bersama bersama medal.

SUNGAI DUA, 29 Rabiulawal 1441H, Selasa – Kira-kira 40 orang peserta menyertai Larian Sawah Padi sejauh lima kilometer (km) anjuran Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU) di kawasan sawah padi Sungai Dua.

Pengarah program, Suryani Ahmad berkata program julung kali yang hanya terbuka kepada wanita sahaja itu mendapat sambutan menggalakkan orang ramai yang bertujuan meningkatkan daya kekuatan fizikal supaya keharmonian rumah tangga Muslim dapat direalisasikan untuk menyahut slogan perjuangan wanita bermula dari rumah.

“Program larian “Ladies fit for Ummah” yang bertemakan warna ungu ini mempunyai keistimewaan kerana peserta akan berlari sambil menikmati dan mewujudkan rasa cinta kepada keindahan sawah padi,”

Dengan penyertaan menggalakkan ini kita bercadang menjadikan aktiviti ini sebagai acara tahunan dan menyasarkan lebih banyak penyertaan pada masa depan,” katanya.

Aktivis Wanita ISMA SPU, Noor Ashikeen Jono berkata, Islam menyarankan umatnya sentiasa menjaga tubuh badan serta mengamalkan cara hidup yang sihat selari dengan pepatah arab iaitu alaqlu salim fi jismi salim.  

“Mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan seimbang, bersenam, memperbanyakkan zikrullah, dan membuat pemeriksaan kesihatan setiap tahun untuk memastikan tahap kesihatan yang maksimum,

“Sebagai contoh, kisah Asma Abu Bakar yang sarat mengandung, kuat fizikal dan keazaman, membantu Rasulullah SWT dan bapanya, Abu Bakar semasa hijrah dengan membawa makanan dan minuman yang diikat di tali pinggangnya memanjat di Gua Tsur. Tali pinggang itu dikoyak dua sehingga digelar Dzatun Nithaqain,” katanya.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Sementara itu, juara larian, Nik Salihah Nik Saifullizan, 19, berkata kemenangan beliau lebih kepada kepuasan peribadi sambil menikmati keindahan kawasan sawah padi yang terdapat di sepanjang laluan terbabit.

“Larian ini memang menarik dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang kerana memupuk gaya hidup yang sihat, mewujudkan rasa cinta kepada alam sekitar dan merapatkan hubungan sesama peserta.

Baginya, kemenangan itu anugerah berharga kerana sudah lama tidak berlari selepas mengalami kemalangan sebelum ini.

Sementara itu, ketika ditanya tips kemenangan, beliau berkata, bacaan surah al-Insyirah sebelum berlari dan berzikir sepanjang larian memberi kekuatan tenaga untuk menamatkan larian.

Dalam larian sawah padi itu, tempat pertama membawa pulang kasut sukan dan medal, kedua dan ketiga menerima alatan sukan dan medal, manakala cenderahati juga diberikan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian.

Oleh Nasruna Anhar Nordien

Wanita ISMA SPU