5 Tips untuk Berjaya di Universiti

Gambar kenangan. Final Exam.

ANUGERAH KE MENARA GADING

Tahniah diucapkan buat adik-adik yang telah menerima tawaran belajar ke menara gading.
(Macam biasa. Post ini untuk adik-adik. Jadi, Akak bahasakan diri ini sebagai akak)

Assalamualaikum wbt. Izinkan akak perkenalkan diri.

Nama akak, Nurul Suhaida Ibrahim. Akak pelajar ijazah (MA) dalam bidang Pengajian Islam di USM. Mod research. Akak pernah menerima dua kali tawaran UPU. Pertama, lepasan SPM. Kedua, lepasan Matrikulasi. Cuma, lepas SPM akak tolak tawaran UPU. Sebab pilih Kolej Mara Kulim (Macam Kolej Matrikulasi tapi versi MARA) So? Apa akak nak cerita hari ni? Jom baca lagi.

Basically, tawaran UPU ke dua adalah;

Akak dapat tawaran sambung belajar ke USM Pulau Pinang !!! Woah !
Bahagia sangat masa tahu dapat sambung belajar ke USM. Sebab apa? Sebab sejak tadika lagi Akak bercita-cita nak sambung belajar di USM. Mesti tak percaya kan?

Dipendekkan cerita, Akak ada 4 orang kakak. Dan masa Akak tadika, Kakak Akak yang pertama dapat tawaran sambung belajar di USM Pulau Pinang. Dan, kami sekeluarga, Mok (nenek), Ayoh (datuk) hantar kakak ke USM. Dan, pertama kali Akak jejak kaki di USM. Masa itulah Akak cakap pada diri Akak, “Kita akan jejak kaki ke sini suatu hari nanti sebagai mahasiswa. You as Aim” Hebatnya lah budak tadika ni kan?

Dan, Alhamdulillah. Allah telah perkenankan doa anak kecil yang comel (ketika itu) itu. Dan, September 2012 dia daftarkan diri sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kajihayat (dengan kepujian). Selama tiga tahun belajar, renangi lautan samudera, mendaki gunung belantara, dan akhirnya tamat pengajian dengan jayanya. Alhamdulillah. 

Tapi, ada beberapa TIPS yang akak nak share. Nak tahu? InsyaAllah, my pleasure to share it.

1. Betulkan NIAT

Masuk Universiti untuk apa. Sebab apa akak letak betulkan NIAT yang pertama, sebab segala amal perbuatan itu bermula dengan NIAT (hadis sahih Bukhari dan Muslim). Bukan apa, sebab ada juga dari kita ni mungkin lupa untuk set up niat yang betul. Ada yang niat masuk Universiti nak cari tulang rusuk belah kiri kanan, ada yang niat masuk U sebab IPT yang dia dapat tu dekat dengan tempat BF/GF dia.. dan lain-lain banyak lagi niat yang tidak betul. Sedangkan kalau NIAT kita betul, sudah tentu banyak manfaat yang akan kita peroleh dari-Nya. Bagaimana nak tahu niat kita betul atau tak? Cuba tengok, NIAT yang terbuku dalam hati/yang kita lafaz itu mendekatkan kita kepada REDHA ALLAH atau menjauhkan kita dari REDHA-Nya? Kalau dekat, InsyaAllah. Benarlah. Kalau jauh, rerouting la NIAT tu sebelum terlambat. InsyaAllah, masih belum terlambat (untuk yang dah setahun/dua tahun belajar pun, even Master or PHD pun, masih belum terlambat tau. Perbaharui niat kita semula. Lillahi ta’ala.

2. PERSIAPAN DOKUMEN.

Ada yang tanya, “Akak macam mana dengan persiapan masuk U? Saya tak pernah ambil degree sebelum ni.” Tak apa. Memang kita tidak pernah ambil degree, tapi.. Kita boleh belajar dari mereka yang pernah ambil degree? Kann. Siapa sahaja, dengarlah pengalaman mereka, dengarlah cerita mereka. Jadikan ia sebagai pengajaran, pelajaran dan pedoman buat kita. Sekurang-kurangnya, andai kita lalui jalan yang sama. At least kita ada gambaran dan kita pernah dengar pengalaman itu. Sebab apa, sebab ramai adik-adik yang dapat tawaran masuk U, mereka tak buat persiapan untuk masuk U. Tengok-tengok, dah tiba hari daftar. Dan mereka terkebil-kebil, tidak bawa bantal, baldi. Sebab ingat semua itu disediakan pihak U. Ada yang tidak bawa sijil-sijil yang diperlukan, tidak bawa bersama salinan dokumen-dokumen penting. Itu semua perlu. Kalau nak selamat, kad pengenalan parents, IC sendiri, surat beranak, surat tawaran dan segala macam surat tu buat banyak salinan.. Dan ada simpanan salinan dalam 1 fail lengkap semua dokumen.

3. PERSIAPAN DIRI.

Pesan akak, jangan lupa juga untuk membuat persediaan fizikal dan mental. Keadaan fizikal kena bersedia dengan persekitaran Universiti yang bakal adik-adik jejak nanti. Mesti semua semangat nak daftar masuk U kan? Sudah tentu, InsyaAllah. Tak lama dah tu. Cuma, kena buat persediaan. Kalau boleh, google keluasan U tu, macam mana jarak antara kolej dan kampus, fakulti, dewan kuliah. Lagipun zaman sekarang map dah disediakan oleh pihak U sebelum jejak ke Uni lagi. Boleh download je. Bukan apa, takut terkejut sampai-sampai Universiti kena panjat ‘Gunung Everest’, kena naik ‘tangga Potemkin’, kena merentas desa dan macam-macam. So, kalau boleh fit kan tubuh. Fit tak semestinya kurus, gemuk tak semestinya tidak fit, sekurang-kurangnya boleh kawal nafas supaya tak tercungap-cungap kalau kena naik tangga rumah flat tingkat 1/2/3. Untuk persiapan mental, akak masukkan dalam point seterusnya.

4. PERSIAPAN ROHANI.

Ini sangat penting, perbanyakkan doa supaya Allah anugerahkan kebaikan dan manfaat dari rezeki (tawaran masuk Universiti) yang telah diberikan tu. Persiapkan diri dengan bangun solat malam-malam (solat tahajud, solat hajat, istikarah). Dalam doa setiap solat, mohon semoga di tempat baru nanti, Allah pertemukan kita dengan orang yang baik-baik yang boleh bawa kita kepada kebaikan. Doa semoga kita terpelihara dari maksiat dan dosa, tidak mudah terpengaruh dengan perkara lalai dan lagha. Jangan lupa juga, sujud syukur sebagai tanda SYUKUR kepada Allah atas kurniaan yang diberikan. Bersyukurlah dengan rezeki dari Allah ni, sebab tak semua dapat rezeki yang kita dapat. Dekat Uni, jangan lupa Quran. Baca Quran selalu, sentiasa. Kalau tak dapat 1 juzuk, at least satu muka sehari. Please adik-adik, sesibuk mana pun dengan dunia kampus anda jangan tinggal Quran. Sebelum tidur tu, gigihkan diri juga baca 1 muka surat. Install dalam telefon, tunggu bas/tunggu lecturer masuk kelas tu, baca Quran. Dan benda ni perlu amalkan sebelum masuk U lagi, sebagai persediaan mental untuk boleh menerima segala kemungkinan dekat Uni nanti.

5. TINGGALKAN BUDAYA SEKOLAH.

Eh, kenapa ni? Sebab ramai adik-adik masuk Uni, tapi perangai masih budak sekolah. Macam mana? Macam ni.

1) Budaya lepak, sudah-sudah lah dengan lepak tu. Lepak ni lelaki, kalau perempuan kita panggil mengumpat. Tinggalkan lah ya. Sia-sia. Elakkan buka topik yang tak da kena mengena pon dengan pembangunan diri dan masyarakat. Tak kisahlah, lepak dalam kelas ke, lepak dekat kafe ke, lepak di bilik kawan ke. Tinggalkan budaya ini, macam mana nak tinggalkan? Senang. Tinggalkan kawan-kawan yang suka melepak, mengumpat ni. Kalau kita jenis yang macam itu, TINGGALKAN budaya itu. 

2) Budaya lambat, ke kelas lambat 5min, 10min, 15min, 20min, 25min, sampai-sampai kelas, kelas dah habis. Jangan lah macam tu. Kena ingat, kelas yang kita masuk tu ada orang yang mengajar (kat Uni panggil, LECTURER), kalau lecturer tu terasa hati dengan kita, tak ke hilang KEBERKATAN ILMU tu, kan? Jadi, elakkan lewat masuk kelas. Kalau lewat, selesai saja kelas, jumpa Pensyarah bagitahu “Maaf sangat Dr, tadi saya lewat. Tetiba sakit perut pulak petang ni.” 

3) Budaya CINTA monyet, Aduh. Takyah lah tahun pertama sibuk nak bercinta ya. Bukan apa, takut tak sempat nak fokus pada niat asal masuk U. Lagipun, maksiat, zina, dosa. Semua tu boleh rosakkan hati. Nanti, takda pasal-pasal GRAD dengan hati yang rosak.. Tak nak cemtu.. Ada budaya yang lagi baik dari cinta monyet ni. Budaya USRAH, UKHWAH, BULATAN GEMBIRA, BULATAN OSEM. Baik adik-adik cari kawan-kawan yang boleh bawa adik-adik kepada kebaikan dan manfaat. 
4) Meniru kawan, copy and paste kerja sekolah. Haa, yang ni pun. Usahlah diamalkan dekat Uni ya.

InsyaAllah, LIMA saja lah dulu ya. Kalau panjang umur, akak kongsi TIPS lagi. Ingat, sebelum masuk Uni ni, jaga hubungan dengan Allah dan jaga juga hubungan dengan manusia. Jangan terlalu riak dengan rezeki yang kita peroleh, sebaliknya minta lah orang lain mendoakan kebaikan buat kita. Jumpa sesiapa, orang ucap tahniah. Minta mereka doakan kita. 
Jaga hubungan dengan Ibu dan Ayah. Minta restu dari mereka, minta mereka mendoakan kebaikan buat kita. Kita juga, sebagai anak. Sentiasalah mendoakan kebaikan buat Ibu dan Ayah kita. Sentiasa menjaga hati mereka dengan menelefon mereka bila duk jauh nanti. Jangan sampai mereka risau akan kita.

Akhir kata, TAHNIAH Akak ucapkan buat adik-adik. Perbetulkan NIAT, buat segala sesuatu kerana Allah SWT. InsyaAllah. Allah akan bantu di setiap liku perjalanan. Semua akan baik-baik saja.


Cari kenalan yang baik, insyaAllah. Kenalan yang baik akan mendorong adik-adik kepada yang lebih baik. Campus Life adalah kehidupan yang sangat BEST ! Lagi best kalau mendekatkan kita pada PENCIPTA kita. Boleh jadi kenangan terindah ! InsyaAllah.

Oh ya. Adik2 boleh juga ke page Persatuan Belia Islam Nasional, page itu mengumpulkan senior dari seluruh IPT.. 😉

#jommasukU
#TipsMasukU
#jomcarisenioranda

Andai bermanfaat, share saja.


Oleh,
Nurul Suhaida Ibrahim, Aktivis PEMBINA Pulau Pinang