Barakallah buat pengantin baru, Raihana dan Arif

SIK, 15 Zulhijjah 1440H, Jumaat – Warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU) berbesar hati mengucapkan بارك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في خير dan tahniah buat Ahli Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia II Pembina Pulau Pinang, Ukhti Nurul Raihana binti Azhari dan pasangannya, Muhammad Arif bin Rosli, di atas penyatuan mereka berdua baru-baru ini di Masjid Nurul Iman, Kampung Gulau, Sik, Kedah Darul Aman.

Majlis walimah sebelah perempuan selamat dilangsungkan di Kampung Petai Kudung, Sik, Kedah pada 15 Ogos yang lalu. Turut sama memeriahkan majlis adalah keluarga pengantin, sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai daripada ISMA SPU. Majlis kesyukuran sebelah pengantin lelaki pula berjalan lancar pada 17 Ogos di Sungai Petani.

Buat pengantin baru ini;

“Semoga Allah memberkati kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian berdua, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan. Moga Allah mengurniakan kalian zuriat yang soleh dan solehah, yang akan membawa manfaat kepada Islam dan muslimin keseluruhannya”.

Semoga baitul muslim yang dibina dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah insyaAllah.