Barakallah pasangan mempelai, Shazni dan Amira

KULIM, 1 Ramadhan 1440H, Isnin – Warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU) berbesar hati mengucapkan بارك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في خير  dan tahniah buat aktivis ISMA SPU, akh Shazni bin Jamil dan pasangannya, Nur Amira binti Nadzri, di atas penyatuan mereka berdua baru-baru ini.

Majlis walimah sebelah perempuan selamat dilangsungkan di Kulim, Kedah pada 13 April yang lalu. Turut sama memeriahkan majlis adalah keluarga pengantin, sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai dari ISMA SPU. Majlis kesyukuran sebelah pengantin lelaki pula berjalan lancar pada 27 April lepas di kampung akh Shazni bertempat di Bagan Datuk, Perak.

Buat pengantin baru ini;

“Semoga Allah memberkati kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian berdua, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan. Moga Allah mengurniakan kalian zuriat yang soleh dan solehah, yang akan membawa manfaat kepada Islam dan muslimin keseluruhannya”.

     Semoga baitul muslim yang dibina dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah insyaAllah.

 

 

 

Oleh

Noradawiyah Nordin

Wartawan ISMA SPU