Selamat Pengantin Baru Ariffah dan Rafi

BALING, 16 Rejab 1440H, Sabtu – Pasangan mempelai Ariffah binti Said’din, aktivis ISMA SPU dan pasangannya Mohd Rafi bin Mohd Zainal Abidin telah selamat diijab kabulkan baru-baru ini.

Walimatul Urus pasangan tersebut telah berlangsung dengan meriah di kediaman pengantin perempuan di Kampung Tebing Tinggi, Kupang, Baling, Kedah. Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga pengantin, sanak saudara dan sahabat handai.

Seluruh warga ISMA SPU mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baharu ini. Kami mendoakan supaya Ukhti Ariffah dan Saudara Rafi dapat membina baitul muslim yang sakinah, mawaddah wa rahmah serta melahirkan generasi pewaris Islam yang soleh dan solehah, In Sha Allah.

Doa kami untuk pengantin;

“Barakallahu lakuma, wa Baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fii khair”

Yang bermaksud : “Semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberkati atas kalian berdua, dan menyatukan kalian berdua dalam kebaikan”

Mabruk Alfu!

 

 

Oleh:

Nora Shahidah Saharif

Wartawan ISMA SPU