Khas Untukmu Wanita

Ingatkah kita kepada Asiah?
Wanita tegar tanpa lemah,
Bersama keimanan tidak mengalah,
Tidak hanya tunduk dan pasrah.

Maryam binti Imran wanita cekal,
Tersentap diuji tetap kekal,
Dicemuh dihina tidak kesal,
Lahir Nabi penerus amal.

Tercoret juga kisah khianat,
Isteri Nuh mengejek kesat,
Bahtera dibina menjadi penyelamat,
Akhirnya tenggelam sepantas kilat.

Diberi habuan emas dan perak,
Mengintip lelaki sasa dan kacak,
Isteri Luth diazab kerana tamak,
Tanda iman telah rosak.

Kita sentiasa punya pilihan,
Ingkar atau patuh bertuhan,
Hidup di dunia mencari bekalan,
Kelak di akhirat bertemu Tuhan.

 

 

 

Nukilan,

Untaian_permata
Wanita ISMA SPU

 

**Ini merupakan karya asal penulis sebagai peserta Bengkel Penulisan Karya Kreatif anjuran BKOM ISMA SPU 18/11/18.