Barakallah buat pasangan pengantin, Wida dan Aizat

NIBONG TEBAL, 2 Jamadil Akhir 1440H, Khamis – Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) mengucapkan tahniah buat aktivis ISMA SPU, Noorahawida binti Ibrahim atas perkahwinannya dengan Mohd Azrul Aizat, baru-baru ini.

Pasangan mempelai disatukan dalam majlis akad nikah pada hari Jumaat barakah, 1 Februari 2019 dan disusuli majlis walimatul urus sebelah perempuan pada Sabtu, keesokan harinya bersamaan 2 Februari 2019. Majlis walimah berlangsung meriah di kediaman saudari Wida di Batas Pinang, Sungai Acheh, Nibong Tebal dengan kehadiran keluarga terdekat, sanak saudara, sahabat handai dan para jemputan.

Kami di ISMA SPU mendoakan rumah tangga Wida dan Aizat dilimpahi kebahagiaan dan kebaikan sepanjang masa. Semoga kalian berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat serta menjadi pencetus tarbiyah kepada generasi Islam yang soleh dan solehah, InsyaAllah.

 

 “Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair”

 

Oleh

Noradawiyah Nordin

Wartawan ISMA SPU