SAMA

SI LEMBU MENDENGAR.
SI BUTA MENCARI.
SI CELIK MEMERHATI.
DAN RODA TERUS BERPUTAR.

SI BUTA DAN SI CELIK BERKATA;
CABARAN DITERIMA.
TIADA APA LAGI YANG BOLEH MENGHENTIKANNYA.
SEMUA PERBUALAN BUKAN LAGI KATA-KATA,
PERKATAAN MENJADI SENJATA,
SENJATA MENGEKALKAN MASA,
MASA MENAMBAHKAN PARUT,
PARUT MEMBUKTIKAN USAHA.
OLEH ITU,
CABARAN DITERIMA.

SI BUTA MEMBUKA RADAR,
MENCARI TONG SAMPAH.
SI CELIK MENYURUHNYA
TINGGALKAN SAJA SAMPAH ITU.
HIRAUAN DILONTAR BAGI SI CELIK.
SI CELIK MENEGUR LAGI,
DAN DIHIRAU LAGI.
SAMPAH PERLU DIBUANG DENGAN BETUL.

SAMPAH MEREKA,
SAMPAH KITA,
SAMPAH YANG SAMA,
SEMUA SAMPAH PERLU DIBUANG.
TONG SAMPAH TIADA DALAM RADAR SI BUTA,
SAMPAH DISIMPAN DALAM POKET.

SI CELIK MEMBUKA LANGKAH,
UNTUK MENGUBAH KEDUDUKAN.
SAMPAH TELAH HABIS,
MASA UNTUK BERUBAH TEMPAT.
SI BUTA MENOLEH DAN
MENINGGALKAN SI CELIK.

CABARAN HAMPIR TAMAT.
CAHAYA PERUBAHAN MULA TERPANTUL
KE MUKA-MUKA PENUH PARUT.
PARUT.
TANDA USAHA,
UNTUK PERUBAHAN.
MUKA DENGAN PARUT,
DIKABURI DENGAN KEDUT-KEDUT.

SI LEMBU MULA BERSUARA.
SI LEMBU MEMUTUSKAN CABARAN TAMAT.
TIADA APA LAGI YANG BOLEH MENGHENTIKANNYA.
SEMUA KATA-KATA MENJADI ILMU.
ILMU SEBAGAI SENJATA,
SENJATA BOLEH DISALAH GUNA,
SI LEMBU KINI MERDEKA,
DAN RODA TERUS BERPUTAR.

TIADA APA YANG BOLEH MENGHENTIKAN KITA,
KATA-KATA KITA,
SENJATA KITA,
SAMPAH KITA,
TIADA APA LAGI YANG DAPAT HENTIKANNYA.
KERANA RODA AKAN TERUS BERPUTAR.
DENGAN CORAK YANG LAIN,
TETAPI RODA YANG SAMA.

 

Nukilan,
NIAM
@niam2040

NOTA :
Sampah = Kesilapan
Si buta = Orang tidak berilmu
Si celik = Orang berilmu

 

**Ini merupakan karya asal penulis sebagai peserta Bengkel Penulisan Karya Kreatif anjuran BKOM ISMA SPU 18/11/18.