Anak Permata Hatiku

Anak
Hadirmu membawa seribu satu kesyukuran dalam hidupku
Engkau telah mengangkat darjatku
Dari seorang isteri kepada seorang ibu
Yang doanya tiada hijab
Yang di kakinya terletak syurgamu

Anak
Hadirmu membawa seribu satu kebahagiaan dalam hidupku
Engkau memenuhi hariku dengan senyum tangismu
Engkau memenuhi hariku dengan tawa riangmu
Engkau memenuhi hariku dengan keletah manjamu

Anak
Hadirmu membawa seribu satu kenikmatan dalam hidupku
Engkau sentiasa menemaniku
Di saat aku kesedihan, engkau datang menghiburkanku
Di saat aku kepenatan, engkau datang menghilangkan lelahku

Anak
Hadirmu membawa seribu satu kegembiraan dalam hidupku
Biarpun kadangkala dirimu mencetuskan amarahku
Tetapi itulah yang akan menjadi ingatanku kepadamu setiap masa
Menjadi memori indah kita saat saling bermaafan sambil berpelukan

Anak
Kudoakan agar dirimu sentiasa dilindungi Allah selalu
Moga kelak nanti engkau menjadi orang berguna
Soleh dan solehah di dunia dan akhirat

Aku terlalu bersyukur dengan kehadiranmu dalam hidupku
Ya Allah, terima kasih kerana telah amanahkan dirimu kepadaku
Alhamdulillah.
Anak, permata hatiku.

 

 

Nukilan,

ummuzayd
8.00 pagi, Mutiara Anggun

 

**Ini merupakan karya asal penulis sebagai peserta Bengkel Penulisan Karya Kreatif anjuran BKOM ISMA SPU 18/11/18.