Barakallah Pasangan Mempelai, Syafinaz dan Moksin

KULIM, 17 Rabiulawal 1440H, Ahad – Barakallahu Lakuma buat aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU), Syafinaz binti Zainol dan pasangannya, Abd Moksin bin Kadir yang telah diijabkabulkan pada malam 24 November yang lalu.

Majlis perkahwinan puteri Encik Zainol bin Baharom dan pasangannya ini diadakan di Kompleks Keda Resort & Agro High Tech Kulim, Kedah pada hari esoknya, Ahad 25 November 2018. Walimah berlangsung meriah dari pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang, dengan kehadiran keluarga pengantin, sanak saudara dan sahabat handai.

Seluruh warga ISMA SPU mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Kami mendoakan semoga ukhti Syafinaz dan Moksin dapat membina baitul muslim yang sakinah, mawaddah wa rahmah serta melahirkan generasi pewaris Islam yang soleh dan solehah, In sha Allah.

Doa kami untuk pengantin;
“Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair”

Maksudnya:
“Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”

 

Mabruk Alfu!

 

Oleh:

Nora Shahidah Saharif
Wartawan ISMA SPU