Seruan kepada taqwa, tanggungjawab semua.

Seberang Jaya , 21 Julai -“ Tanggungjawab mendidik bukan hanya terletak pada ibu atau ayah sahaja tetapi semua kaum muslimin diwajibkan untuk mendidik diri sendiri serta mengajarkan kepada keluarga, adik beradik dan juga jiran tetangga” ulas Ustazah Norhayati Abdul Wahab ketika usrah wanita di surau At-Taqwa Taman Sembilang.

Allah s.w.t menguji kaum muslimin dengan perintah dan larangan, iaitu menyembah Allah dan tidak mensyirikkan Allah dilakukan serentak. Kaum Quraisy apabila diajak menyembah Allah mereka tidak menolak sepenuhnya, namun apabila dicegah supaya meninggalkan sembahan mereka, mereka enggan melakukannya.

Sesungguhnya telah jelas bahawa tiada kompromi dalam ketaatan kepada Allah.

“Seorang anak wajib di suruh solat ketika umurnya 7 tahun dan boleh di denda jika enggan solat ketika 10 tahun .Selalu ingatkan anak-anak untuk solat walaupun mereka sudah dewasa maupun sudah berumahtangga”.

Masyarakat pula sedang dibentuk dengan pemikiran-pemikiran liberal serta fahaman yang boleh melemahkan aqidah dan menjauhkan mereka dari ajaran islam sebenar berlandaskan Al-quran dan sunnah.

Oleh itu, mari kita contohi sifat malaikat yang sentiasa bersegera melaksanakan perintah Allah, kerana setiap manusia telah diberi Allah nikmat dan kemampuan untuk melaksanakan tugas menyeru kepada hal makruf serta mencegah kemungkaran.

Bersungguh-sungguh dalam membimbing diri, keluarga dan masyarakat serta takutlah azab Allah yang bahan bakarnya manusia dan batu yang digambarkan lebih besar daripada semua gunung di dunia ini.