Barakallah pasangan mempelai, Asiah dan Syafik

SIK, 15 Zulkaedah 1439H, Ahad – Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU), Asiah Ibrahim telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya, Muhammad Syafik Abd Razak pada Sabtu, 7 Julai yang lepas.

Walimah sebelah pengantin perempuan berlangsung meriah di kediamannya di Kampung Jorong, Mukim Sok, Sik Kedah pada hari yang sama. Majlis yang bermula 12 tengah hari sehingga 6 petang tersebut berseri dengan kehadiran sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Walimatul urus sebelah pengantin lelaki pula bakal berlangsung pada 19 Ogos nanti di Kampung Chepoh, Alor Setar, Kedah.

Seluruh warga ISMA SPU mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Kami mendoakan agar Allah swt melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan atas baitul muslim yang dibina.

Semoga ikatan suci yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat serta  melahir dan mendidik generasi pewaris Islam yang soleh dan solehah, InsyaAllah. Doa kami untuk pengantin;

“Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair”

Maksudnya:

“Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”

 

Selamat pengantin baru !

 

Oleh

Noradawiyah Nordin

Wartawan ISMA SPU