Tahniah buat pengantin baru, Nasiha dan Rusydan

SEBERANG JAYA, 23 Syaaban 1439H, Khamis – Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) mengucapkan tahniah kepada ahli ISMA SPU, Nasiha Muhammad dan suaminya, Rusydan Abd Rasol atas pernikahan dan perkahwinan mereka yang telah berlangsung pada 27 April yang lalu.

Kemeriahan bermula beberapa hari sebelumnya dengan majlis khatam Al-Quran bersama jiran tetangga, keluarga dan sahabat handai di rumah saudari Nasiha di Seberang Jaya, serta diikuti akad nikah pada Jumaat.

Majlis walimatul urus sebelah perempuan berlangsung lancar keesokan harinya di Ummah Hall, Seberang Jaya pada Sabtu bersamaan 12 Syaaban 1439 Hijrah. Manakala majlis walimah dan menyambut menantu, bagi pengantin lelaki pula diadakan di Sungkai, Perak iaitu tempat asal bagi saudara Rusydan.

Kami di ISMA SPU medoakan pasangan Nasiha dan Rusydan:

 “Barakallahulakum wabarakallahu ‘alaykum wa jam’a bainakum fi khayr”

Moga Allah merahmati kedua kamu dan memberkati ke atas kamu dan disatukan kamu berdua dalam kebaikan. Semoga rumah tangga muslim yang dibina dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah.

Amin.

 

Oleh

Noradawiyah Nordin

Wartawan ISMA SPU