Sahabat Beliawanisku (3) – Second Chance

Minggu Interim berjalan seperti biasa. Usrah bersama Kak Ina berlangsung pada setiap petang hujung minggu. Kadang-kadang, Kak Ina akan hadir ke kolej atau kami yang akan beriadah di Vision Park. Sebelum pulang, tentatif diselitkan slot tazkirah sambil melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan di sana. Menghadiri majlis-majlis ilmu membuatkan aku semakin ingin mendekati agama Allah, semakin ingin aku cuba untuk menjadi lebih baik.

“Ika, Allah tak tengok hasilnya. Tapi Allah tengok proses dan usaha kita ke arah mendekatiNya. Tidak kisah lah cepat atau lambat prosesnya, asalkan jangan pernah berhenti mengayuh,” nasihat sahabat ketika usai aku bertasmik bacaan Al-Quran bersamanya.

Namun perjalanan ini tidak selalunya indah. Aku diuji dengan pertengkaran kecil dengan rakan sebilikku, Aini. Walaupun masih saling bertegur, tetapi masih ada rasa dingin di antara kami. Acap kali aku mengasingkan diri daripada rakan-rakan serumahku. Hatta waktu makan sekalipun, aku tidak akan turut serta selagi ada Aini. Biarlah mereka bergembira bersama walaupun aku berduka.

Aku selalu menyendiri dengan membaca Al-Quran atau novel. Petang-petang, aku akan keluar untuk berjoging sampailah aku betul-betul penat. Serius for that instance, rasa puas. Rasa macam masalah kau akhirnya tamat apabila kesakitan physical pain dapat overcome emotional pain aku. Tetapi ia tidak kekal lama selepas aku balik ke rumah. I will just suffer again macam hidup dalam loop yang tidak ada jalan keluar.

Sampailah satu malam, rakan-rakan serumahku sudah pun tidur kecuali aku dan Nabihah. Malam itu aku melayan perasaan sambil mendengar video Al-Iktiraf syair Doa Abu Nawas. Syahdu mendengar melodinya, membuatkan aku menangis mengeluarkan air mata. Sungguh penat dugaan ini. Perbuatan dia, rakan sebilikku yang sedang tidur lena disebelah katilku cukup membuatkan aku susah untuk lupakannya. Apatah lagi tiada kata maaf yang diungkapkan darinya.

“Ya Allah hadirkan seseorang yang dapat membantuku. Aku tidak mampu menghadapinya. Nabihah tolong Ika,” ujarku di dalam hati.

Berapa minit selepas itu Nabihah masuk ke bilikku lalu mengambil tepat di kerusi sebelahku. Tidak sangka makbul juga doaku. Dia tahu aku sedang menyorokkan muka sembabku.

“Ika okay ke?,” tanya Nabihah ringkas.

“Kenapa tanya macam tu?,” tanyaku kembali.

It’s a simple question,” jawabnya.

Since when there is such thing as a simple question?,” sengaja aku bertanya kembali untuk menunjukkan yang aku kuat. Konon.

But there’s such a thing as a simple answer,” jawabnya acuh tak acuh. Malas mungkin melayan egoku.

Dia pun keluar dari bilikku. Menyesal pula rasanya apabila melayan Nabihah sebegitu. Aku cuma tak nak ada yang bersusah hati denganku. Tiba-tiba, telefonku berdering, menandakan ada pemberitahuan WhatsApp masuk. Ternyata pemberitahuan tersebut ialah mesej daripada Nabihah:

– Boleh tak tolong berdamai dengan Aini? Saya tahu awak dengar apa yang kami cakap petang hari tu. Dan saya faham kalau awak terasa sebab awak pun ada perasaan. Tapi Ika,  please control your emotion. Awak tau dok orang susah hati tengok awak? Kejap awak ok, kejap awak sedih. Orang dalam rumah ni care pasal awak. Saya dok tau mende isu sebenar. Tapi tolong buka hati masing-masing, talk to each other. Kalau ada masalah kongsi and luah. At least, kalau awak tak nak cerita kat orang pun, doa lah dan ngadu kat Allah. Biar tenang jiwa tu. Aini memang ego, dia mengaku sendiri. Salah sorang kena mengalah. Come on, U  guys kan roommate. U guys should know each other better.

-Hmmm… Balas ku ringkas.

-Kalau awak rasa saya jauhkan diri daripada awak minggu lepas, jawapannya, yes. Tapi niat saya sebab saya nak awak suburkan semula hubungan dengan Aini. Bukan sebab saya tidak suka awak. Ika memang baik. Ni jujur saya kata.

-Ika tetap terasa. Dah lah Bi, Ika dah tak larat. Jawabku ingin cepat menamatkan perbualan.

-Tak kira.. Nak cakap jugak. Saya tak tenang selagi tak bagi tahu. Nak baca sekarang or esok, up to you.

Aku rasa aku menolak pertolongan yang sudah Allah hulurkan. Egonya aku ni. Aku pun segera ke biliknya dan duduk di katilnya. Nasiblah Adibah sedang tidur lena di katilnya. Nabihah mendekatkan kerusi yang didudukinya lalu menghadapku.

Sesi meluahkan perasaan berlangsung. Aku menceritakan segala-galanya dari A hingga Z. Awkward sebenarnya berkongsi masalah dengannya.

“Ini bukan sapa yang salah sapa yang betul, sapa yang mula dulu atau tidak, sapa yang perlu mintak maaf dulu ke apa? Bukan nak berpihak pada sapa-sapa. Awak tahu tak sebab korang kebahagiaan kami turut tergugat. Awak ingat syok ker bila kami gembira ada yang antara kami duduk satu sudut bersedih hati sendiri?”

Sebahagian kata-katanya yang aku ingat sehingga kini. Saat itu aku merasakan yang semua beban ini Allah tidak hadir untuk aku seorang memikulkannya. Dugaan ini hadir untuk kita sama-sama belajar sesuatu daripadanya.

Malam itu aku dikaunselingkan dan dipsikologikan olehnya. Brainwash. Kata-katanya semua agak pedas dan pahit serta makan dalam untuk aku menerimanya tetapi aku tahu itu semua benar belaka. Sedih apabila  mengenangkannya. Sedih bukan kerana kata-katanya, walaupun hakikatnya ada juga terpalit. Tetapi aku lebih kecewa kerana merasakan seolah-olah aku mempersoalkan takdir Tuhan apabila aku mempertikaikan kehadiran Aini dalam kehidupanku. Alangkah berdosanya diriku merasakan perkara sedemikian.

Keeseokkan harinya, aku cuba memperbaiki hubungan aku dengan Aini. Bertegur dan bermesra dengannya walaupun berasa janggal pada mulanya, tetapi Alhamdulillah, sehingga hari ini tiada apa-apa masalah lagi yang timbul.

 

Second Chance

**********

 

“Assalamualaikum Ika. Dah bangun? Jom sahur.” Anganku andainya masih ada Nabihah mengajak aku untuk bersahur sekiranya aku terleka membuat ulang kaji dimeja belajarku. Namun sekarang, si dia berada jauh di Sungai Buloh Selangor kerana memperoleh panggilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam bidang farmasi pada bulan lepas. Namun bagitu, kehadirannya seketika disini memberikan banyak inspirasi kepada aku bagi menjadi beliawanis yang berwawasan.

“Jangan lupa tujuan asal kita datang universiti ni. Belajar macam mana pun ingat tanggungjawab kita dengan Allah, ibu bapa dan masyarakat. Jangan tinggalkan dakwah Islamiah. Tak perlu susah-susah fikir macam mana nak ubah orang bukan Islam untuk masuk Islam, selamatkan saudara-saudara islam kita daripada terpesong adalah lebih baik. Jangan terlalu leka dengan duniawi. Banyakkan datang majlis-majlis ilmu agar hati tak mati tau korang. Jangan gaduh-gaduh and jaga hubungan korang,” nasihat Nabihah buat rakan serumahnya pada makan malam terakhir kami bersama.

“Jaga diri. Jaga hati. Jaga Iman. Salam Beliawanis. Jumpa lagi korang. Sayang korang. Muah Muah. Bye.” Ayat terakhirnya sebelum menaiki bas sambil membuat flying kiss pada kami di perhentian bas berhadapan kampus kami.

Teringat kata-kata Kak Ina pada usrah kami minggu lepas, “Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah. Mendengar katanya menambahkan ilmu. Terlihat gerak-gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah. Berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah SWT.”

Aku menyambung ayat-ayat terakhirku di blogku pada laptop yang masih menyala itu sebelum bersiap untuk bersahur.

Subhanallah,
pelbagai keindahan yang aku nikmati selama mana aku berada di jalanMu,
Manis disetiap peristiwa walaupun terkadang pahit diawalnya.

Subhanallah,
tatkala aku bersendiriaan dilanda kekeliruan,,
Kau hadirkan mereka yang dapat memberikan teguran kepadaku.
Mereka yang memberi sokongan agar aku terus kuat dalam melalui jalan yang berliku dan
mereka yang memberikan pengalaman manis dan getir agar aku mempelajari sesuatu.

Merekalah SAHABAT BELIAWANISKU..
Sahabat yang menyedarkan aku akan pentingnya ukhuwah islamiah yang utuh bagi mengekalkan keharmonian bersama
Menjadi Khalifah di bumi bagi menjana kemakmuran sejagat
Semoga kami menjadi golongan belia yang berjasa kepada bangsa dan negara.

InsyaAllah… Aamiin..

Tamat

 

Nukilan,

NurFahimah Atikah Binti Rahim

No ahli PEMBINA: 49128

Aktivis PEMBINA Pulau Pinang