Sambutan Luar Biasa Kejohanan Futsal Pemuda ISMA 2018

SEBERANG JAYA, 11 Syaaban 1439H, Sabtu – Dalam misi membudayakan hidup sihat dan beragenda, Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pulau Pinang telah berjaya mengumpulkan sejumlah 26 pasukan anak muda; bertanding dan merebut gelaran johan di Kejohanan Futsal Pemuda ISMA 2018 di Sunway Sports Centre di sini, Sabtu minggu lepas.

Pengarah Kejohanan, Mohd Redza Khazale berkata, program ini diharap dapat mengeratkan hubungan sesama peserta dan memperkenalkan bahawa Pemuda ISMA sangat komited dalam membimbing anak-anak muda di Pulau Pinang menjadi lebih baik.

Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pemuda ISMA Pulau Pinang, Muhamad Zulazmi Saidin menyatakan Kejohanan ini turut dianjurkan bersama Kelab Remaja Isma (KRIM) Pulau Pinang, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Pulau Pinang serta Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara.

“Segmen belia, umur 18 hingga 40 tahun ini, segmen sangat penting dan kritikal. Seandainya kita gagal membentuk menjadi generasi yang hebat seperti para sahabat dulu, apa akan jadi dengan masa depan negara?,”.

“Kita harapkan anak-anak muda yang ramai ini dapat menyertai program yang dianjurkan pada masa akan datang. Kita harap agar aktiviti Pemuda ISMA dapat memberikan impak tinggi dan positif pada anak-anak muda sekarang. Balik nanti boleh tolong promote Pemuda ISMA pada kawan-kawan anda yang lain”, ujarnya.

Pada kejohanan kali ini, pasukan SG LIMAU FT telah muncul sebagai juara Kategori Bawah 17 Tahun manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh ABANG STRONG FT seterusnya THE NATION. Johan bagi Kategori Bawah 25 Tahun pula adalah SJ QWERTY FT, diikuti naib johan, YY FT dan tempat ketiga oleh SWAT FT.

Sementara itu, peserta, Hasman Hafizal bin Abdul Manap dari pasukan SJ QWERTY FT berkata peluang untuk bermain dan menjadi johan Kategori Bawah 25 Tahun sangat bermakna.

“Keseluruhan bagi pihak kami dari segi perjalanan dan kelancaran kejohanan adalah baik dan teratur. Baik diteruskan setiap tahun. Dari segi hadiah kejohanan dan yuran memang berbaloi. Jika Pemuda ISMA Malaysia ada main futsal lagi, bolehlah jemput kami ya”.

 

Oleh

Muhamad Zulazmi Saidin

Wartawan Pemuda ISMA Pulau Pinang