Tahniah buat pasangan pengantin, Fatini dan Riduan

KELANTAN, Rabu – Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU) mengucapkan sekalung tahniah kepada pasangan mempelai, Norfatini Shamimi binti Arifin dan Mohd Riduan bin Mohd Harun di atas pernikahan yang telah berlangsung pada 18 Mac 2018 bersamaan 30 Jamadilakhir 1479H.

Pada tarikh tersebut, akad nikah serta majlis walimatul urus sebelah perempuan dilangsungkan di Kampung Bakong Kecil, Pasir Mas. Sementara itu, kenduri sebelah lelaki pula akan diadakan pada hari Sabtu, 24 Mac 2018 di Kuala Muda, Kedah.

Warga ISMA ISMA SPU mendoakan:

“بارك الله لكما وبرك عليكما و جمع بينكما في خير”

Semoga rumahtangga muslim yang dibina memberikan sakinah, mawaddah dan rahmah serta sentiasa diberkati Allah.