i-Backyard Science anjuran NAZIM SPU beri pendedahan tentang ilmu sains dan kesucian hati

KEPALA BATAS, 30 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Satu program bertemakan “i-Backyard Science” telah dianjurkan oleh NAZIM Seberang Perai Utara (SPU) di Surau Al-Furqan,Taman Sri Indah,Kepala Batas pada Ahad, 11 Mac lalu. Seramai 22 orang peserta dari lingkungan umur 7 sehingga 12 tahun telah menyertai program ini.

Menurut pengarah program i-Backyard science, Cik Fatin Athirah berkata, program kali ini bertujuan mengaitkan eksperimen-eksperimen sains dengan kesucian hati dalam diri setiap peserta. Di samping itu, kami berhasrat menanamkan dalam diri peserta NAZIM, sifat ingin menjadi muslim yang lebih beriman dan takut berbuat dosa.

“Sebab itulah tazkirah berkaitan hati dipilih dan dikaitkan dengan eksperimen ringkas. Besar harapan kami di pihak NAZIM jika dapat menjadikan adik-adik ini lebih bersemangat dalam menjadi anak-anak yang soleh dan solehah”, tambahnya.

Surah hafalan dari surah As-Syams, ayat 8 hingga 10 dan hadis berkenaan mukmin yang sempurna iman; telah dihafal oleh kebanyakan peserta selepas program berakhir. Solat sunat dhuha dan tazkirah ringkas berkenaan kepentingan menjaga hati turut diadakan dengan harapan adik-adik peserta dapat lebih memaknai betapa pentingnya sebagai seorang muslim untuk menjaga hatinya.

Selain itu, aktiviti sains yang diberi nama “Sugar water density” dilakukan bersama-sama fasilitator bagi mendedahkan kepada adik-adik tentang keindahan ilmu sains dan kebesaran Allah dalam suasana yang santai. Program bulan Mac ini diakhiri dengan sesi tazkirah dan sesi bergambar sebelum bersurai pada jam 12.30 tengah hari.

“Program Nazim bertemakan I-Backyard Science seronok! Harap program-program NAZIM seterusnya dapat diberitahu lebih awal agar penyertaan dari peserta lebih ramai”, respon dari salah seorang waris.

 

Oleh

Fatin Athirah Binti Abdul Aziz

Wartawan Nazim SPU