Barakallah buat Fatimah dan pasangan

KUALA ROMPIN, 8 Jamadil Akhir 1439H, Ahad – Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) mengucapkan tahniah buat aktivis ISMA dan PEMBINA Pulau Pinang, Nur Fatimah binti Mohd Razif atas perkahwinannya dengan Sheikh Mohammad Hamdan bin Sheikh Ismail, baru-baru ini.

Akad nikah serta majlis walimatul urus sebelah perempuan dilangsungkan pada Jumaat, 16 Februari yang lalu di Kompleks LKIM, Kuala Rompin, Pahang. Majlis yang diserikan dengan kehadiran sanak saudara, sahabat handai dan para jemputan bermula 12 tengah hari sehingga 5 petang. Sementara itu, kenduri kesyukuran sebelah lelaki pula diadakan hari esoknya, Sabtu, 17 Februari 2018.

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,

“Barakallahulakum wabarakallahu ‘alaykum wa jam’a bainakum fi khayr”

Maksudnya:  Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.

Kami di ISMA SPU mendoakan agar Allah swt melimpahkan kebahagiaan buat pasangan pengantin baru, Fatimah dan Hamdan. Semoga baitul muslim yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat serta menjadi pencetus tarbiyah kepada generasi Islam yang soleh dan solehah, InsyaAllah.

 

 

Oleh

Noradawiyah Nordin

Wartawan ISMA SPU